Resah

160 19 11
                                    

LUCYNTHIA WHITESNOW

"Dan aku ditemani perasaan risau."

Petang. Ianya petang sabtu.

Aku dan Ven sedang bersiap untuk majlis bertopeng itu. Ven bagitahu aku yang tempat majlis itu merupakan sempadan untuk ketiga-tiga kawasan Black. Nampak sangat mereka betul-betul inginkan semua orang bangsawan pergi ke sana.

Aku tidak memakai mekap sebab aku memakai topeng yang menutup muka aku. Ven hanya mencalitkan bibir nya dengan pelembap bibir. Aku memakai skarf itu dan pastikan tiada sehelai rambut pun keluar. Aku memakai sarung tangan kulit hitam aku. Ven pula sibuk membuat rambutnya ikal supaya kelihatan sesuai dengan baju gaun aku. Dia memakai contact lense supaya dia tidak perlu terjatuh ketika berjalan.

Ya, dia susah nak imbangkan diri tanpa kanta. Katanya, walaupun rabun sedikit, matanya susah nak fokus dekat jalan.

Um, bukan nak salahkan dia. Tetapi, padan muka dia sebab dapat seorang bapa seperti Pakcik Henry.

Ah! Nanti sahaja aku ceritakan. Sekarang, sudah pukul 6 petang dan majlis bermula dalam pukul 6:30 petang. Kali ini, Pakcik Henry akan membawa kami sekeluarga menggunakan kereta aku.

Kereta aku warna putih dan jenis Mercedes. Jangan tanya aku model apa sebab aku tak ambil tahu tentang itu. Bagi aku, kereta untuk memudahkan kita untuk pergi ke mana-mana sahaja. Bukan untuk menunjukkan kita kaya.

"Ingat, Ven. Kita akan panggil nama kita sebagai Miss S dan aku Miss W."

Kataku.

"Kenapa aku Miss S? Dan kenapa nama kau Miss W?"

"Ikut huruf depan nama keluarga kitalah."

"Oh, okay. Noted."

Kami menuruni tangga. Mata aku menangkap wajah Pakcik Henry yang berpakai kot. Makcik Teresa pula memakai baju gaun berwarna merah dan disuaikan dengan topeng berwarna hitam yang menutup bahagian dahi sehingga hidung.

Jangan tanya kenapa mereka ada baju sedangkan Ven tiada. Mereka membeli baju pada malam semalam disebabkan aku tidak mempunyai kot untuk Pakcik Henry dan saiz gaun yang sesuai untuk Makcik Teresa.

"Makcik, Pakcik. Nama Makcik dan Pakcik akan menjadi Mistress H dan Mister H. Boleh?"

Kataku.

"Okay. Makcik faham."

Kata Makcik Teresa.

"Kenapa?"

Soal Pakcik Henry.

Kami hanya menggelengkan kepala. Haih, Pakcik ni. Benda senang pun tak tahu.

"Nama permulaan pakcik kan H. Jadi, nama pakcik akan menjadi Mister H dan makcik adalah Mistress H."

"Kenapa H? Kenapa bukan E ke, N ke, R ke, Y ke..."

"Dah, keputusan muktamad sebelum Lucy naik balik dan layan fon."

"Okay, okay."

~¤¤~¤¤~¤¤~

"Hey, Lucy. Kau nak tahu sejarah bangunan tari menari yang kita akan pergi?"

Whitesnow (ongoing/editing)Where stories live. Discover now