New Vibe

32 3 0
                                    

CHRISTOPHER GRANT

"Aura dia lain macam"

It's been a week since kejadian tembak menembak itu. Khabar angin tentang Lucy berubah jadi raksasa pada hari keempat dia menjalani hidup persekolahannya diketahui oleh seluruh Texas. Ramai berpendapat yang dia sebenarnya ketua ahli kongsi gelap juga. Sebab itu dia berani balas kata-kata kepala besar Texas (kami bertiga lah tu) kononnya.

Tapi yang hebatnya, Lucy adik Adrian. Patutlah Adrian nak sangat masuk pertaruhan yang dibatalkan tu. Tapi, kenapa Lucy dan Adrian terpisah? Masa hari pertama kami bertembung, dia seolah-olah tidak mengenali Adrian 100%. Dan dia gelar diri dia sebagai Thia.

Aku kaji kepelikan yang berlaku pada diri Lucy. Tak sangka dia ada penyakit mental.

"Christ, kau dah sampai mana dah terbang tu?" Soal seseorang. Serta merta aku kembali ke dunia nyata.

Oh, Isaac rupanya.

Kami sedang duduk bersarapan di salah satu Cafè terkenal di Texas, Dalgonags. Cafe ni sesuai untuk mereka yang mahukan gosip dengan aura 'chilling' beraroma coffee. Tapi pada waktu sekarang ini, tidak berapa ramai orang sebab sekarang waktu sebelum lunch. Selalunya kurang. Waktu macam ini aku suka untuk lepak di sini.

"Kau ada cakap something ke?" Soalku pada Isaac. Dia balas dengan gelengan kepala.

"Aku tengok kau macam tengah fikir sesuatu yang mustahak sangat. Terlalu mengelamun," katanya dengan nada gurau.

"Aku cuba fikir pasal kerja sekolah," kataku ringkas.

"Kau bukan dah siapkan semalam ke? Kau tu dahlah jenis buat kerja awal-awal walaupun kerja sekolah," katanya. Aku hanya mengeluh.

"Kau fikir tentang Thia, kan?"

Tepat sekali tekaanmu, Isaac! Sahabat sejatiku sungguh!

"Kau tak rasa pelik ke?" Soalku

"Pelik apa?" Tanya Isaac

"Lucy kan adik Adrian? Kenapa Nathan nak bunuh dia?" Kataku lagi. Isaac fikir sejenak. Dia menongkat dagunya dengan tangan kanan. Dia tengah berfikir keras sangat maksudnya. Beberapa saat kemudian, dia tegakkan badannya sambil memandang aku dengan matanya yang terbeliak.

"Kau tau kan Nathan dan Adrian tak berapa sehaluan?" Tanya Isaac. Aku terkedu.

Kenapa aku boleh tak ingat benda yang sangat obvious? Semua orang tau Adrian memang dingin gila dengan Nathan walaupun Nathan melayannya baik.

"Kalau macam tu, apa yang buat Adrian layan Nathan sampai macam tu sekali?" Soal Isaac lagi dengan nada ingin kepastian dari aku. Aku rasa aku tau apa dalam fikirannya.

"Jadi, maksud kau... Adrian dingin dengan Nathan sebab Lucy?" Jawabku dengan soalan. Dia angguk kemudian geleng.

"Aku rasa Nathan nak elakkan Adrian bertemu Lucy. Ingat tak? Bukan senang nak dapat maklumat dia. Hanya orang yang hebat boleh sembunyikan maklumat berkenaan biodata. Benda tu libat satu dunia kot!" Katanya dengan nada teruja. Ada betul juga si Isaac ni.

Tapi Nathan berpengaruh tinggi ke?

"Nathan taklah sehebat itu sampai nak sembunyikan maklumat Lucy," kataku.

Whitesnow (ongoing/editing)Where stories live. Discover now