Pertolongan

121 14 0
                                    

LUCYNTHIA WHITESNOW

"Tolong aku."

Aku beredar dari mereka bertiga. Aku bukannya tak ingin menari, tetapi....

Aku dapat rasakan keadaan aku kurang sihat.

Aku pergi ke arah Makcik Teresa dan Pakcik Henry. Mereka baru sahaja habis menari. Langkah aku terhenti apabila seorang gadis melanggar aku.

"Maaf, saya tidak sengaja."

Kata gadis itu lalu beredar. Aku hanya menelengkan kepalaku ke arah kiri. Dan tiba-tiba....

PRANG!

Bunyi gelas kaca pecah kedengaran. Ianya datang dari arah pelayan yang berada di belakang aku. Dan pandangan aku diikuti dengan jeritan seseorang.

"SEMUA LARI! ADA ORANG MENYERANG!"

Semua orang lari bertempiaran. Muncul pula beberapa lelaki berpedang dan berpistol. Hanya mata mereka sahaja kelihatan. Masih ramai lagi yang berlari berkeliaran. Mata aku meliar ke seluruh tempat. Kaki aku melangkah ke merata tempat.

Mana Ven, Makcik Teresa dan Pakcik Henry?! Aku kena pastikan mereka keluar!

Bunyi tembakan kedengaran. Langkah aku terhenti.

BANG!

Aku memusingkan kepala aku ke arah tembakan itu.

BANG!

Darah terpercik keluar dari kesan tembakan.

BANG!

Mata aku mula berair.

BANG!

Kepala aku terasa bagaikan ada sesuatu cuba mengeluarkan otak aku.

BANG!

Darah mengalir sehingga ke muka aku.

BANG!

Satu kertas terpampang di atas meja solek.

BANG!

'Aku akan lindungi kau.'

Tulisan di atas kertas itu.

BANG!

Ianya dari Thia.

BANG!

Terasa badan aku jatuh ke bawah. Aku kurang stabil.

BANG!

"Tolong aku, Thia."

Kataku.

BANG!

Badan aku selamat mendarat di atas tanah yang keras.

BANG!

"Bos, gadis itu pengsan."

Kata seseorang.

"Penakut darah rupanya."

Kata seseorang itu lagi.

Thia, muncullah.

Hai semua! Macam mana bab kali ini? Okay atau tak?

Yup, memang pendek sangat bab kali ini. Tetapi ini untuk chapter seterusnya! Jadi, semoga anda sabar menunggu ya!

Seperti biasa, jangan lupa untuk komen dan vote ya!

Seperti biasa, jangan lupa untuk komen dan vote ya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Whitesnow (ongoing/editing)Where stories live. Discover now