bab14

909 42 0
                                    

Aku tersenyum hambar melihat cermin, bukan apa, semalam kumpulan sembang guru-guru, kecoh mengenai aku dan Haniff yang merupakan pasangan tunang,

Ye, aku memang macam suka dia, tapi isu macam ni, tak buat aku rasa gembira. Rasa menipu dan berdosa.

Lamunan ku terganggu tatkala terdengar bunyi notifikasi telefon pintarku.

"Haniff?" soal aku hairan pabila membaca nama empunya mesej tersebut.

"good morning cik tunang! Saya ada dekat bawah, kita pergi sekali." - Air batu tingtong.

Baru semalam aku menukar nama kenalan Haniff kepada Air batu tingtong, dek kerana geram melekatlah nama tersebut pada skrin telefonku.

Nak gerak sekali? Dia ni mental ke? Suka sangat cipta gossip, aneh!

Aku menuruni anak tangga bersama beberapa fail dalam dakapanku.

Dari jauh aku ternampak Haniff tersenyum manis sambil melambaikan tangan kanannya kepadaku.

Aku melangkah perlahan sambil sebelah keningku dijongketkan.

"awak ni pelikkan," ujarku sesampai dihadapannya.

"why?" soalnya hairan.

"yelah, semalam murung, hari ni ceria pula,awak ada banyak identiti eh? Baik bagitahu!" ucapnya sambil mengecilkan pamdangan.

"haha,macam-macam lah awak ni, biasalah saya pun manusia normal juga, ada hari mood ok ada hari tidak ingat kaum awak je ke boleh ubah-ubah mood?" ucapnya bersama senyuman nipis.

"ceh!'" ucapku perlahan.

"banyak bawa fail?" soal Haniff sambil memandang ke arah fail-fail yang aku bawa.

"ah, ni maklumat aktiviti dan senarai pelajat untuk rumah sukan kita." jawabku.

Hari ini sudah bermula latihan rumah sukan pada waktu pagi dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Entah macam mana, nama aku dipilih untuk menjadi ketua guru bagi rumah sukan aku.

" I see.. Meh saya tolong bawakan," pelawa Haniff seraya menghulur tangan.

"awak bukan naik kereta ke?" soalku.

"not for today, saya jalan kaki dengan awak, bolehlah warm up kejap lagi kan nak mula aktiviti dah," jawabnya ceria bersama segaris senyuman.

Timbul garis-garis kerutan di wajahku, nak jalan sama? Mamat ni sihat ke tak? Tak pernah-pernah pun dia jalan kaki nak pergi sekolah, tiba-tiba je hari ni ada kesedaran, pelik, jangan-jangan ni petanda yang dia ni dah tak lama nak..aishhh Alisya kau ni otal melayang je.

"tak payah lah, nanti orang cakap apa pula," tolakku.

"herm? Kita kan tunang, dah, jom!" ujarnya lalu mengambil semua fail dari tanganku dan laju berjalan ke depan.

"Cik Alisya, jom lah!" jeritnya kerana aku tidak berganjak dan hanya memandang dia kosong.

Aku menghela nafas berat lalu memulakan langkahku mengejar Haniff yang berada di hadapan.

"awak, dah sarapan?" tanya Haniff sambil memandang ke arah ku.

"belum, kejap lagi nak singgah kantin lah," jawabku bersahaja.

"tak payah beli, saya ada bawak bekal, untuk awak pun ada sekali."balasnya sambil menupuk perlahan beg yang digalasnya.

"awak masak?" soalku curiga.

"yup!" balasnya bersama senyuman.

"ok..." ucapku.

"why? Nampak macam tak pandai masak eh?" soalnya lagi

RATU HATI CIK ABANGWhere stories live. Discover now