bab24

906 43 0
                                    

"  Senyum!! " arah jurufoto yang ditempah oleh Haniff.

Haniff merenung aku dalam sambil mengukir senyum, dia terlihat sungguh segak dalam persalinan serba putih itu,

Dengan sekali lafaz aku telah pun sah bergelar isteri kepada Encik Haniff Mikail Bin Zaid.

Tak aku sangka perkenalan yang kurang setahun ini, membawa kepada terbinanya sebuah masjid.

Masih terbayang aku mesej yang dihantar Haniff kepadaku pada malam itu.

Assalamualaikum cik tunang, tak saya sangka awaklah tulang rusuk kiri saya yang hilang. Jujur,awak bukanlah yang pertama tapi awak akan jadi yang terakhir,terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menjadi pelindung awak. Awak bagaikan oksigen untuk hidup saya, yang menjadi sebab untuk saya terus bernafas. Moga hubungan yang bakal tercipta akan mengukir senyum dan tawa di wajahmu. Jumpa awak di hari penyatuan kita,

              -mesej terakhir dari Encik Tunang. Wink!

" Puan Qalisya fikir apa tu, don't tell me, you still think about our first kiss just now, " bisik Haniff ditelingaku sambil meruncingkan renunganya.

Buntang mataku mendengar bisikan itu, wajahku merona merah, mindaku bagaikan memaparkan kembali momen Haniff mencium dahiku, sungguh terasa janggal, lebih-lebih lagi apabila dia tersenyum nakal lalu mencuit hujung hidungku.

Pantas aku menjeling Haniff lalu menghadaihkan satu cubitan pada peha kirinya.

"ouch, tak sangka Puan Qalisya ni nakal," ujarnya bersama senyuman yang penuh makna.

"you blushing again " bisik Haniff lagi.

"entah apa lah pasangan pengantin kita ni duk buat, asyik main mata je dari tadi" ujar umi yang berada di hadapan pelamin nikah kami.

"itulah, Alisya dan tersipu-sipu malu, si Haniff pula dari tadi senyum tak sudah," kata Acik Nor pula sambil ketawa.

"Qalisya ni bu, cakap tak sabar nak tengok bilik pengantin," ujar Haniff diiringi tawanya.

"mana ada! " Nafiku keras bersama jelingan maut.

Semua mata disitu ketawa melihat reaksiku.
***
Aku berjalan perlahan sambil membimbit kasut ditangan,

Gambar perkahwinan kami akan di ambil di tepi pantai, sementara menanti juru kamera, aku menikmati permandangan laut persendirian milik Haniff ini,.

Memandangkan kami berdua sudah tiada ibu bapa, jadi kami mengadakan majlis di resort milik Haniff, tidaklah menyusahkan ibu dan umi untuk berkemas, walaupun mereka awal-awal lagi bercadang untuk mengadakan majlis di rumah masing-masing.

"Isteri saya buat apa tu" sapa seseorang.

Terasa sepasang tangan melingkari pinggangku.

Kedu, aku terkedu dengan tindakan itu, Nafasku berombak laju.

"sorry," ujar Haniff sepatah lalu berdiri di hadapanku.

Marah?, aku tak marah, cuma aku terkejut, memori lama bagaikan memenuhi mindaku.

"Sya,.." panggil Haniff lalu menyentuh hujung daguku dan mengangkat wajahku perlahan.

RATU HATI CIK ABANGWhere stories live. Discover now