bab20

1K 42 2
                                    

Cikgu Latip mengusap perlahan lenganku, lalu dia merentap kasar hingga bahagian lengan bajuku terkoyak.

"Cikgu Latip!!" jeritku.

"apa?.." jerit je lah, tak ada orang pun, guard pun dah lelap dah sayang.." ucapnya sambil tersenyum sinis.

Dia melutut dan menyentuh helaian rambutku yang terurai.

"jangan!! " halangku bersama tangisan.

"Alisya!! Awak dekat dalam ke?" jerit seseorang dari luar.

Haniff? Yes Haniff!!

"Haniff tolong saya!" teriakku bersama tangisan.

Pantas Cikgu Latip menekup mulutku dengan tangan tua besarnya.

"shhhh, jangan bising, " ucapnya sambil membeliakkan biji matanya.

Aku meronta kasar,kaki dan tanganku aku libas kasar.

Pang!

Pintu zink stor alatan sukan terbuka seluasnya, terlihat Haniff sedang berdiri dengan nafas berombak.

"apa kau buat haa orang tua!!" ucap Haniff lalu menendang Cikgu Latip dari belakang. Cikgu Latip tersungkur, dagunya terhentak di lantai.

Haniff menarik Cikgu Latip supaya berdiri lalu ditumbuknya dan satu tendangan dihenyak di perut Cikgu Latip.

"nak lagi? Apa masalah kau ha, pikir orang nak ke kalai buat benda bodoh macam ni?!!" herdik Haniff saat Cikgu Latip telah pun terkulai layu di atas lantai.

"sekurangnya, aku dapat rasa dia dulu sebelum kau" ucap Cikgu Latip sinis namun perlahan.

"Bodoh kau ni," ucap Haniff  sambil tersenyum sinis sebelum mengangkat kaki hendak memijak Cikgu Latip.

"awak.." panggilku perlahan.

Haniff menoleh pantas lalu berlari mendapatkan aku.

"awak ok tak?" soal Haniff lembut sambil matanya merenung risau mataku, mencari jawapan.

"aurat saya,.." kataku, bahuku terdedah, rambutku terdedah, aku gigil melihay diriku begini.

"erm , kita keluar dulu, " ucap Haniff lembut.

Dia menyelimutkan aku dengan jaket denim yang tergantung di bahagian penumpang,

"awak.." panggilku perlahan.

"hurm?" soal Haniff yang sedang duduk di atas jalan sambil mendongak melihat aku yang duduk dalam kereta.

Dia terlihat muram, dan lemah, kenapa?

"terima kasih.." ucapku ikhlas, tiada perkataan lain yang dapat aku ucap melainkan terima kasih, kerana dia hadir disaat aku lemah dan tiada kudrat.

Haniff memandang aku sayu, lalu setitis air mata terbit dari matanya dan mengalir membasahi pipinya.

"Alisya, maafkan saya, sebab tak jaga awak dengan baik, andai saya tak tinggalkan awak.." ucapnya lalu mengesat air matanya.

Dia menangis? Tak pernah sekali pun aku bayangkan Haniff yang keras dan beku akan mengalirkan air matanya dia hadapan aku, tapi kenapa? Ini bukan salah dia.

"Haniff, awak penyelamat saya hari ni, awak tak salah pun" ucapku sambil mengukir senyuman buat Haniff.

"Encik dan cik boleh ikut kami ke balai ye," sapa seorang anggota polis,

Haniff telah pun menelefon pihak polis sebelum dia menerjah masuk ke dalam stor.
***
Usai segala urusan di balai polis, aku hanya diam, masih terngiang ugutan yang aku terima daripada anak Cikgu Latip,

RATU HATI CIK ABANGWhere stories live. Discover now