bab27

809 38 2
                                    

  Haniff memarkir kereta di hadapan rumah yang menempatkan guru-guru.

 "buat apa balik sini?" soalku hairan.

Haniff tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya, 

"nak pack barang lah, kan malam ni kita nak pergi Turki wahai Puan Qalisya, cepatnya awak lupa, jangan-jangan... awak dah lupa yang saya ni suami awak, " sakatnya sambil ketawa kecil.

Aku memandang Haniff tajam sambil memuncungkan sedikit mulutku.

"Amboi.. seronok eh, awak nak cakap saya nyanyuk lah ni? saya ingatlah suami saya nama dia Encik AIR BATU!" Ujarku sambil tersenyum jahat.

" WHAAAT?! Encik Air Batu? datang dari mana nama tu huh?" soalnya sambi matanya merenung ke dalam anak mataku hingga menusuk ke hati, eh

aduhhhh kantoi pulak, kau ni Alisya memang mulut tak ada filter, sah kau kena beli filter dengan Coway, baru bertapis sikit perkataan yang keluar dari mulut kau ni, detak hatiku sambil memukul perlahan bibirku.

" opps! hehehe, erm datang dari,.." ucapku teragak-agak sambil otak ligat berfikir sama ada nak menipu, atau jujur sahaja, 

" dari mana sayang,..dari hati awak ke.." bisik Haniff dengan nada romantik.

" dari.. perangai awak yang kejung macam air batu," ucapku seraya mengetap ulas bibir bawahku.

Haniff mengerutkan dahi  dan menjongket kening kanannya.

''kejung macam air batu? " soalnya meminta kepastian.

" masa mula-mula kenalkan, awak ni sombong, orang nak ajak borak bukan nak layan, pastu mulut tu pun, asyik nak menyakitkan hati je, " laju kata-kata itu meluncur dari bibirku,

"sorry, terjujur" ucapku bersama sengihan nakal. Iyelah, memang dia macam tu, takkan aku nak cakap yang dia tu sopan santun dulu,

" okay.. kalau dulu saya sejuk macam air batu,.. sekarang macam apa pula?" soal Haniff sambil mendekati tubuhku. Tubuh kami hanya terhalang dek pembahagi antara kerusi pemandu dan penumpang.

Haaa habislah kau Alisya, tu lah pandai-pandai sangat nak jujur, ni kau nak jujur ke tak.. sekarang ni dia punya lah romantik, takkan kau nak cakap dia kejung lagi. Alah , Alisya, dia ni bukan orang lain, suami kau dah, sampai bila kau nak jadi kucing malu-malu bagai, come on Alisya, kau boleh!!

Aku menarik nafas dalam, sambil membuat muka selamba,

" sekarang, hangat macam air panas," jawabku ringkas sambil menahan rasa malu yang menggunung.

uhuk! Haniff tersedak sambil matanya bulat memandang aku. Dia membetulkan duduknya

 "wow, berani juga isteri saya ni, tergugat iman abang," ujarnya bersama senyum simpul.

" dah, tak payah nak tergugat sangat, kata nak kemas barang, kalau kena tinggal flight jangan nak salahkan saya ye," omelku sambil mencapai tas tangan berwarna putih.

"Tak apa, kita honeymoon dekat rumah je lah," ujarnya bersama segaris senyuman nakal.

" tak nak!! saya nak pergi Istanbul, awak nak duduk rumah, duduk lah soarang, " ujarku lalu keluar dari perut kereta.

" Aip! tunggu lahh, tak baik tau tinggal syurga awak ini. " jerit Haniff diiring tawa.

***

Sesampai sahaja di hadapan pintu rumahku, yang dulu berkongsi dengan Hana, kami disambut oleh Hana dan suaminya.

" Babe! bila sampai? kenapa kau ada  dekat sini? "soal aku teruja.

" suami kau lah, call aku suruh tolong isteri tercinta dia kemas barang, orang nak pergi honeymoon kan," sakat  Hana sambil tersenyum.

RATU HATI CIK ABANGWhere stories live. Discover now