bab33

745 30 0
                                    

   Aku memandang Haniff meminta penjelasan. Benar nama Mira itu bukanlah nama yang asing. Aku sedar Mira merupakan wanita pertama yang menakluki hatinya dan mungkin masih ada ruang istimewa yang tersemat nama Mira dihatinya. Namun tak wajar untuk nama itu masih meniti di bibir Haniff dihadapanku. Lebih-lebih lagi dengan memanggil aku dengan nama itu. Tidak lah aku rasa benci. Kerana aku sedar hilangnya insan tersayang buat selamanya bukan mudah untuk kita lenyapkan dari ingatan. Namun rasa sedih dan kecewa tak dapat juga aku tepis kerana dia adalah milik ku yang sah.

" Awak panggil saya Mira? Saya nampak macam dia ke? Atau..dia pun pernah peluk awak macam ni?" Laju bait-bait patah perkataan itu meluncur dari bibirku.

" Erm..bukan macam tu la sayang. Ok saya mengaku salah saya. Saya memang tak sepatutnya tersebut nama dia. Saya tak ada niat pun. Sumpah! " Jelas Haniff lembuh dengan wajah sebersalah.

"Jangan la macam ni sayang.. I am truly sorry. " Ok pintanya sambil memegang kedua-dua tanganku.

"Saya tak nak dengar nama dia lagi. Saya ni isteri awak tau. You are mine. Saya tak kisah la perempuan tu ada lagi atau tak, tapi sakit tahu tak?" Luahku bersama keluhan kecil.

" Ok. Hanya awak je. kira kosong-kosong la kan?"  Soal Haniff sambil tersenyum.

" I guess so." Ucapku pendek.

" Ok.. senyum la sayang. Kita cari suis sama-sama ok? Lepastu boleh tengok apa yang menarik dekat rumah ni. Saya renovate khas untuk permaisuri hati saya. Puan Qalisya Amani." Ucap Haniff lembut lalu memeluk pinggangku erat bersama kucupan di pipi.
***
Rumah tiga tingkat ini, bertemakan putih dan kelabu. Apa yang boleh aku cakap rumah simple tapi sedap mata memandang.

Aku sedang leka memerhati keseluruhan ruangan dapur yang bagi aku, ruang yang berada dia aras dua rumah ini sungguh cantik dan cukup kemas.

"Lama betul berhenti dekat dapur ni.. suka?" Soal Haniff sambil memegang kedua bahu ku dari belakang.

"Cantik. Pandai awak design."ucapku ikhlas.

"Memang dapur ni saya decor khas tau. Buat research, kira effort lebih la berbanding ruang lain. " Jelas Haniff lembut sambil tersenyum nipis.

" Kenapa dapur dapat layanan special ni? Haa ada makna apa-apa ke?" Tanyaku kepada Haniff sambil tersenyum.

" Yela.. baru la isteri saya semangat nak masak. Tak ada la masuk dapur je stress." Ucapnya sambil melangkah menghadapku.

"Oo I see.. tapi..yakin ke isteri awak nak masak? " Sakat ku sambil tersenyum nakal.

" Awak tak nak masak dekat saya ke?" Soal Haniff sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Hermm.. entah laa.. mula-mula tu rasa macam nak masak.. tapi.. haih suami kita ni, nama kita pun dia tak ingat. Takut nanti masakan kita pun dia lupa.." ujarku sambil berjalan melihat kabinet dapur yang berwarna putih.

"Sayang.. awak marah lagi ke? Saya betul-betul mintak maaf." Ucap Haniff lalu melangkah mendekatiku.

Tangan kekar miliknya merangkul kemas  pinggangku.

"Hurm.. awak rasa?" Soalku sedikit dingin.

"Sayang.." ucapnya. Namun panggilan itu sedikit berat.

Eh pakcik ni, nangis ke apa? Semacam je suara. Aku menoleh menghadap Haniff.

Benar. Wajahnya sudahpun memerah. Matanya sedikit bertakung. Niat dihati aku sebenarnya nak menyakat je. Tak sangka pula pakcik ni nak ghiau.

"Ehem. Pakcik sedih ke? Pakcik ok? Jangan la nangis." Tuturku bersama senyuman nakal.

" Qalisya, awak main-main? Eh budak ni.." ucap Haniff yang sedikit geram.

Aku mengelap air mata dihujug mata sepetnya. Sambil tidak mampu menahan senyum.

"Siang dia.. nangis-nangis. Nak gurau sikit je.hihi" ucapku.

"Gurau eh? Haih saya nak merajuk la macam ni." Ujar Haniff lalu memuncungkan mulutnya.

"Amboi..baby tua ni merajuk pula, pastu nak kena buat apa ni?" Soalkn sambil ketawa kecil.

" Nak kena bagi hadiah la. Nak yang special." Ujarnya dengan mulut yang masih memuncung sambil jari terlunjuknya menyentuh pipi kirinya. Kalau di tengok sekali lalu macam lelaki adik-adik pula.

"Haih mahal sangat hadiah tu..takpe lah kita bagi la." Ujarku lalu meletakkan tangan kananku di pipi kirinya dan mencium tangan sendiri.

Lalu pantas kaki aku melangkah ingin meninggalkan Haniff.

Namun langkahku terhenti apabila tangan Haniff lagi laju menangkap badanku. Laju sungguh pakcik ni punya tangan.

"Nak lari ke tu?" Soal Haniff bersama pandangan sinis sambil kening kirinya dijongket.

"Hehe.. mana ada.." ucapku sambil tersengih.

Haniff menarikku untuk berada dihadapanku. Badanlu tersandar pada kabinet dapur. Kedua tangannya mengurung tubuhku.

"Awak.. nak buat apa ni?" Soalku sedikit teragak agak.

" Sayang rasa? Apa patut biy buat?" Soalnya dengan penuh maskulin.

Uhuk! Biy?! Aduhh kejap. Macam student bercinta la pakcik ni nak berbiy-biy. NoHahaha. Namun tawa itu aku tahan.

Awak nak buat apa sebenarnya ni Encik Haniff? Kita ni dah lewat malam tau. &Tingkat atas tak tengok lagi. Sedang aku membebel , satu kucupan singgah dibibirku. Lalu Haniff  berjalan meninggalkan aku yang terpinga-pinga bersama pipi yang membahang.

Dia boleh jalan macam tu je? Fuhh aku ni taktahu nak rasa apa dah ni. Malu, terkejut, haih pakcik ni!

Haniff berhenti melangkah lalu menoleh ke arahku.

" Puan Qalisya nak duduk situ sampai bila? Ke.. nak abang angkat masuk bilik? " Soalnya sambil tersenyum nakal lalu mengenyitkan matanya.
***
Naik sahaja ke tingkat tiga,terdapat empat bilik tidur. Namun masih terdapat tangga menghala ke atas.

"Awak, bukan rumah ni 3 tingkat je ke? Ni tangga nak pergi mana pula?" Soalku hairan.

"Tangga menuju ke hati saya." Ucap Haniff sambil mengeyitkan mata.

"Gediknya!" Ucapku lalu mencubit pinggang Haniff.

"Hahaha sayang ni, ok-ok atas ni loteng. Tapi macam stor je, awak tak payah la masuk, berhabuk lagi. Saya tak kemas lagi.". Kata Haniff.

"Awak.. kita nak duduk sini ke ?" Soalku.

"Maksud awak?" Soal Haniff kembali.

" Tak rasa jauh ke? Apa kata.. kita duduk quaters, weekend kita duduk la sini.. " cadangku sambil tersenyum manis.

" Ermm... Tak ada la jauh sangat dalam 10minit je sebenarnya. Erm saya plan nk duduk sini. Tapi tak apalah. Kita tak habis cuti lagi nanti fikir-fikir ok?" Ucap Haniff sambil mengusap pipiku.
***
Usai aku membersihkan diri. Aku melangkah ke dressing room yang bersambung dengan bilik tidur dan kamar mandi.

Aku menarik salah satu laci untuk menyimpan barang-barangku. Mataku terhenti saat melihat sekeping gambar yang tersimpan di dalam laci ini.

BERSAMBUNG..

P/s: enjoy reading semua!! Hope korang suka ye chapter kalini. Jumpa next week!jgn lupa vote,komen byk2 dan share!




RATU HATI CIK ABANGWhere stories live. Discover now