bab12

911 40 0
                                    

    Haniff memasuki ruang parkir sebuah pusat membeli belah.

Aku hanya memandang kosong, malas hendak bertanya,bukannya dia nak bagitahu, kedekut, cukup pakej mamat ni, kejung, kedekut,keras kepala, cukup 3K!!. Takut kaki kencing je.

Haniff memandang aku sekilas lalu tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala.

"why?" soalku sinis.

"nothing Miss Alisya,"ucapnya  sambil tersenyum.

Heh! Yeye je air batu ni, bukan boleh percaya, entah-entah tengah mengumpat aku dalam hati tu..tapi, kalau sorang-sorang, kira mengumpat juga ke?
***
Setelah pusing dua tiga kali di ruangan parking ini, akhirnya jumpa satu tapak yang kosong, ikutkan hati mahu saja aku ajak dia ni balik, hujung minggukan, memang ramailah yang keluar, hurnm.

"dah jom" ujar Haniff

Kami berjalan beriringan menuju ke pintu masuk, entah macam mana, terasa bahagian belakang aku ditarik kasar hingga aku tertarik ke belakang.

Lalu sebuah kereta melintas di hadapan aku, bulat mata aku memandang kereta yang entah datang dari mana.

"hati-hati sikit jalan tu" ujar Haniff bersama wajah tanpa riak.

"tapi ni tempat parking kot, mana boleh bawa laju!" balas aku tidak puas hati.

"kita tak tahu yang bawa tu orang ke bukan" ucap Haniff lagi.

"hurm? Maksud awak?" soal aku hairan.

Apa yang dia sampaikan sebenarnya? Nak cakap tu hantu ke apa? Siang-siang hantu muncul? Dasar Aneh!

Haniff memandang aku sekilas lalu menggelengkan kepalanya.

Haish tak faham betul aku air batu ni, suka sangat tambah tanda soal dalam otak aku ni, memang padan lah jadi cikgu math , complecated!

"awak nak buat apa dekat sini?" soal aku kepada Haniff.

"makan." jawabnya ringkas.

"hah? Makan? Ada je kan kedai makn dekat tempat lain, tak payah nak bersesak dekat mall cari parking.." ucapku tidak puas hati.

"kedai yang saya nak makan dalam mall ni, bukan dekat luar." balas Haniff sinis.

Eh eh dia ni, main kasar pula, asyik cari gaduh je, besar besar je aku tengok air batu ni.

Sampai di tingkat dua, Haniff berjalan menuju ke sebuah kedai yang menjual makanan thai,

" Assalamualaikum Kak Nur," sapa Haniff kepada seorang wanita yang dilihat tidaklah terlalu tua, dia mungkin 1 atau 2 tahun sahaja tua dari Haniff. Wanita yang mempunyai raut wajah yang lembut serta penampilan sopan ini lebih membuatkan dia terlihat muda, kalau Haniff tak panggil akak, mungkin boleh saja aku ingat mereka sebaya.

"eh wakalaikumsalam, bila sampai Ail? Lama tak singgah, tiba-tiba je muncul ni," ucap Kak Nur mesra.

" alah kak, Ail baru je pindah sini balik, tu yang datang ni, rindulah masakan akak, tak dapat dah kat tempat lain," ujar Haniff sambil mengukir senyuman.

Mereka terlihat sungguh akrab, mungkin Kak Nur ni kakak dia kot, hurm, kau ni Alisya ada je otak kau nak bercambah fikir fasal air batu ni.

"tu, siapa? Kawan special eh" soal Kak Nur sambil memandangku bersama senyuman.

"eh, lupa pula, ni Alisya kawan sekerja Ail," jelas Hanif.

"alah Ail, kalau special pun, tak apa, Ail berhak cari kebahagian, jangan hukum diri yang tak bersalah tu," ucap Kak Nur lembut.

RATU HATI CIK ABANGWhere stories live. Discover now