×Chapter 26×

5.6K 518 85
                                    

3 W O R D S , 8 L E T T E R S


×××
not good
×××


"YA, betul. Akak tekan je dekat situ," terangguk aku.

"Okay, done submit! Terima kasih Aisya tolong akak yang buta IT ni. Mengganggu pula hari-hari minggu."

"Tak ada apa-apalah. Akak tak mengganggu pun."

"Okeylah, Kak Iza end call dulu. Nak sambung masukkan data. Terima kasih lagi sekali, Sya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," talian dimatikan. Tersenyumku. Berpaling.

Hujung bibir yang terlakar indah di wajah pudar serta merta. Terpasak kaki ke bumi. Genggaman pada telefon ditangan diperketatkan. Jantung masih berdegup laju untuk lelaki ini. Namanya masih bersisa di lantai hati.

Doktor Zafri mendekati.

Aku memandangnya tanpa kosa kata juga tidak beriak. Mengalihkan anak mata ke lain.

"Aisya, you masih marahkan I?"

Udara ditarik mengisi ruangan dada. Menghembus perlahan sebelum memandangnya. Mencari anak matanya.

"Buat apa I nak marahkan you?" Lembut aku bertanya.

Renungannya pada aku...

Dia kesiankan aku.

"You masih cintakan I?"

Jiwa bagai direnggut.

Lelah terasa.

"Apa yang you harapkan? Untuk dengar I kata yang I masih cintakan you? Begitu ke Doktor Zafri?"

"Sya, bukan macam tu."

"Then, what?"

"I nak minta maaf kerana menjanjikan sebuah perkahwinan kepada you. I berikan harapan terlampau tinggi. And now you're hurting because of me."

Meniti senyum tawar di bibirku. Menahan getaran dan badaian menghempas ke dada. Mata dipejam sesaat mencari kekuatan.

"I tak mengharapkan apa-apa lagi dari you," lembut tutur kataku. "Antara kita dah pun berakhir."

"I know. I know, Aisya. I-it's just that I want you to know that I will always pray for your happiness and," jedanya. Menelan liur. "...I don't want you to hate m..."

"Doktor Zafri," pintasku. Menyeru perlahan namanya.

Dia memandang aku dengan renungan redupnya.

"I tahu I tak boleh paksa you untuk cintakan I. I sedar semua tu," liur ditelan sebelum menyambung kata. "Dan I juga sedar hati you bukan milik I. I terima semua ini kerana I masih sedar diri."

Nafas ditarik perlahan dalam getaran.

"Tapi Doktor Zafri you juga seharusnya sedar yang you kejam. Kejam pada I. Since the very beginning, until the very end, you put me in so much pain. You keep feeding me with all your sweet deceptions, those false love, when you're aware that your feelings wasn't mine. That's not right. That's cruel to me," aku memandang dalam anak matanya. Berair tubir mata.

3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈Where stories live. Discover now