3 W O R D S , 8 L E T T E R S
×××
crush
×××"ALONG," seru Aryana. Mengunyah kacang tanah dihadapan TV. Memandang pelik anaknya yang baru pulang. Nampak seperti... Adudu. Eh tidak. Nampak sugul. Dengan rambut yang basah.
Aryan memandang Mamanya. Menghampiri. "Assalamualaikum, Ma." Tangan Mamanya dicium sebagai tanda hormat.
"Waalaikumussalam," salam dijawab Aryana. Hati ibunya terusik. Ada yang tidak kena. Dia yakin itu. Diperhati anaknya. Membulat matanya melihat knuckle Aryan terluka. Kelihatan kesan darah yang sudah mengering. "Kenapa dengan tangan Along?"
"Along naik atas dulu, Ma. Tak solat Asar lagi," ujar Aryan perlahan. Berpaling. Mengelak dari menjawab soalan tersebut.
Aryana menangkap pergelangan tangan anaknya. Risau. Sangat risau melihat keadaan anaknya.
"Wait," halangnya lalu berdiri. Kacang diletakkan ke atas meja. Wajah anaknya yang menunduk dipandang. Kenapa ni? Apa yang terjadi kepada anak sulungnya? Runtun hati ibunya melihat keadaan si anak. Siapa yang buat anak aku macam ni?!
Jemari Aryana dibawa ke wajah Aryan. Dibelek-belek. Mana tahu kalau-kalau anaknya ditumbuk, dia mahu menunbuk si pelaku itu semula.
Tangan Aryan menyentuh lembut jemari tuanya. Renungan matanya menembus ke dalam mata anaknya. Redup pandangan itu seperti hilang segala rasa. Bahu Aryan disentuh. Kenapa?! Apa jadi?! Siapa buat anak aku?! Raut wajahnya yang tenang kini sudah menghilang diserap udara memunculkan renungan garang menghelang.
"Want to share with me?" Separuh berbisik Aryana menyoal. Dalam bisiknya kedengaran sabar yang cuba ditahan agar tidak melebur bersama emosi.
Tidak mahu memaksa kerana dia terlebih tahu perangai anaknya yang seorang ini. Terlalu memendam rasa. Dari kecil jika dimarahi atau dipukul, anaknya ini akan menyorok jauh darinya dan suami. Memencilkan diri. Setitis air mata pun tidak mengalir. Sebegitu keras. Kalau menangis itu kerana terlalu mengada mahukan perhatiannya dan suami.
Meningkat remaja, cara anaknya ini melepaskan amarah ada sahaja yang mahu ditumbuknya. Punching bag di bilik gym itulah menjadi mangsanya melepaskan amukan. Panas baran anaknya ini mungkin gabungan perangainya dan Naufal. Logik, bukan?
Pernah Ierfan dan Aryan bergaduh besar. Semuanya angkara Ierfan. Anak keduanya itu agak nakal dan suka menyakat. Tahu-tahu sahaja habis beg sekolah Ierfan dibakar oleh Aryan dan kepala Ierfan dibotakkan ketika tidur.
Sebegitu marahpun, sedar dia bahawa Aryan seorang yang bertanggungjawab, tidak lari dari kesalahan. Terlalu sayang dan melindungi adik-adiknya. Salah merekapun sanggup digalas ke bahu.
Terkadang ada juga silapnya dan suami sebagai ibu bapa menyalahi anak sulungnya kerana kenakalan dan perbuatan anak-anak yang lain. Dia dan Naufal masih ada khilafnya dalam mendidik. Masih terlepas pandang akan sekecil rasa terkelumit di dalam jiwa anak-anak. Dia dan Naufal tidak sempurna.
Tetapi dia turut perasan semakin anaknya meningkat usia semakin kurang barannya. Lebih kepada mendiamkan diri dan mengunci mulut. Namun tahu-tahu sahaja penumbuk hinggap ke muka. Waktu itu orang tahulah sabarnya dah lenyap.
Lain pula ceritanya petang ini, keadaan anaknya teramat merisaukan. Sudah agak lama tidak melihat sisi Aryan yang ini.
Aryan tersenyum tawar. "Later. Don't worry." Menunduk dia untuk menyamakan ketinggian dengan Mamanya. Memejamkan matanya untuk seketika. Selesa di dalam pelukan pemilik syurganya itu. Mamanya sangat peka akan perubahannya dan adik-beradik yang lain.
YOU ARE READING
3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈
Teen FictionBook III AryaNaufal Jr. series. ×××××××××××××××××××××××××××××××××× " I want your glasses." belakang bibir digigit. Menyesal. " For what?" soalnya dengan kening yang terjungkit sebelah. " I'm playing true or dare." bisikku. " So?" " I choose dare." "...