3 W O R D S , 8 L E T T E R S
×××
tale
×××"CAT walking, huh?" Bibirnya menyimpan senyum jahat. Dia meneruskan langkahnya.
Nafas gugup ditarikku.
"Encik."
"Encik," seruku perlahan.
Dia mengambil cawan polisterina. "Lama tak tengok free show," katanya. Pili bekas air ditolaknya.
Nak ternganga aku.
Badannya dipalingkan berdepan. Bibir cawan didekatkan ke bibirnya. Anak matanya di sebalik kaca mata aku tentang. Lirikan matanya sahaja aku tahu dia mentertawakan aku. Halkumnya bergerak bila air melalui oesophagus.
Renungan aku jatuhkan, larikan ke arah lain. Segan tiba-tiba. Terlihat aku Mummy, Aunty Aryana menjeling-jeling ke arah kami.
Haih.
"Can hardly wait to see you act like a cat," bibirnya yang kelihatan basah meluah bicara.
"Tak boleh macam ni," dia yang mahu melangkah aku halang pantas. Tegak depan dia.
"Berdosa seorang wanita peragakan tubuh dia depan khalayak ramai," ujarku hampir panik.
"Then tak payah main game ni," mudah sahaja dia.
"Tak boleh macam tu," membantah. Aku tak suka rosakkan permainan. Elok-elok semua tengah seronok tak naklah disebabkan aku semua jadi lain.
"Dah tu macam mana, hmm? Snow White?"
Lumpuh terus saraf bibir aku.
Snow White.
Renungannya tenggelam ke dalam pupil aku.
"Remember," sebelah keningnya ternaik. "You owe me something," dia cuba mengingatkan. Nakal bibirnya.
Tak akanlah nak kena cat walk dulu baru hutang aku langsai?
Belakang bibir aku gigit. Memandang sekeliling. Ramai pula ahli-ahli keluarga dia. Tch!
"Itu... Itu kemudian," dalihku. Cuba tukar topik. Dia pun, masa-masa ni pula nak cakap pasal hutang.
"Bayar hutang dengan benda lain," rayuku perlahan. Tidak mahu nampak desperate.
Dia menggeleng dengan hujung bibirnya ternaik. Sekali lagi dia cuba menapak dan aku menghalang.
Makhluk ni kan!
Oksigen beberapa percent di udara aku tarik ke dalam peparu.
"Tolong."
Mencari-cari aku anak matanya.
YOU ARE READING
3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈
Teen FictionBook III AryaNaufal Jr. series. ×××××××××××××××××××××××××××××××××× " I want your glasses." belakang bibir digigit. Menyesal. " For what?" soalnya dengan kening yang terjungkit sebelah. " I'm playing true or dare." bisikku. " So?" " I choose dare." "...