3 W O R D S , 8 L E T T E R S
×××
sudden changes
×××
"KESIANNYA, My Baby." Mummy memeluk aku erat. Pelukan itu aku balas. Dia tangan kanan Mummy terdapat kad pelajar aku yang sudah di scan keluar.
"I'm no longer a baby," kataku yang sudah tenggelam ke dalam pelukan Mummy. Tak selesa dipeluk sebenarnya bila demam ni. Tapi disebabkan Mummy aku relakan.
Mummy menggeleng kepala. "You and your brothers forever will be my babies."
Daddy mencuit bahu Mummy. "Then... Me?"
Mummy menjeling Daddy disisi. Jemari Mummy naik ke pipi Daddy. Tersenyum lebar Daddy bila jemari Mummy mengelus pipinya. Tidak semena-mena pipi Daddy dicubit. "You bapak baby. Jangan nak gedik."
"Auch! Sayang!" Cemberut wajah Daddy.
Tertawaku melihat mereka berdua.
"Panasnya badan, My Praelia," tangan Mummy naik ke dahi aku. Turun pula ke pipi dan kemudian ke leher. Ke tangan pula.
"You main hujan eh?" Mummy merenung aku dalam. Aku sudah berdiri. Bersiap sedia mahu naik ke bilik. Ambil baju dan pulang.
Gelengku. "Mummy, hujan malu nak singgah dekat sini."
"You main panas eh?" Tanya Mummy lagi. Tudung sekolah berwarna hitam dipakaikan ke kepala aku. Liz yang bawa turun tadi. Budak tu entah hilang kemana pun aku tidak tahu.
"Tak." Menggeleng lagi.
"Did you drink too much ice water?"
"No, Mummy." Perlahan aku menjawab. Muka Daddy aku pandang. Help meh!
"Babe. Stop. Kesian anak." Tergeleng kepala Daddy.
Mummy memuncung. Tersenyum kecil aku pada Daddy. Thank you.
"Kesian anak Daddy ni." Tangan Daddy mengusap ubun-ubun aku. Aku pula ditarik ke dalam pelukan. Melimpah ruah kasih sayang aku dapat hari ni.
"Can you walk, darling?"
Aku angguk. Kurang yakin.
"No. I don't think so. Let me help you." Daddy memegang bahu aku. Membantu aku berjalan.
"Abang bawa Kakak masuk kereta. Sayang nak naik ke bilik Kakak, packing her clothes." Mummy menyentuh lengan Daddy.
"Okay, Sayang. Hati-hati."
Kami keluar dari infirmary.
YOU ARE READING
3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈
Novela JuvenilBook III AryaNaufal Jr. series. ×××××××××××××××××××××××××××××××××× " I want your glasses." belakang bibir digigit. Menyesal. " For what?" soalnya dengan kening yang terjungkit sebelah. " I'm playing true or dare." bisikku. " So?" " I choose dare." "...