×Chapter 19×

4.7K 496 182
                                    

3 W O R D S , 8 L E T T E R S



×××

your wish

×××



PANDANGAN mata kami bersatu. Tanpa suara kami memerhati sesama sendiri. Tidak selesa berbaring dihadapan lelaki ajnabi, aku bangun dari baringan. Dia masih berdiri dihadapanku. Aku mengeluh kecil. Mahu apa lagi dia?

           Seraut wajah kacak itu aku perhati. Tiada cacat celanya. Yang ada hanyalah pada tingkahnya. Renungan dari sepasang matanya menjamah setiap inci kulit wajahku.

           Segan. Kulit mukaku tidak secantik kekasih hatinya. Bingkai kaca mata yang melurut ke bawah, aku betulkan duduknya semula dengan hujung jari. Anak mataku jatuh ke tangan kirinya, terangkat semula ke wajahnya.

           Diletakkan beg kertas tersebut disisi aku. Dia tidak terus pergi malah duduk di kerusi bertentangan denganku. Merenung terus ke dalam kolam mataku yang biru hampir menyentuh rona warna kelabu.

           "I know am not supposed to do that to you and I don't deserve to be forgiven. You can hate me as much as you want," dia menatap aku. Penuh kekesalan.

           Ketika itu aku perasan ada bunga kecil berwarna biru terselit di poket bahagian dada blazer ditubuh bidangnya. Dia mengambil bunga kecil tersebut dan diletakkan ke atas riba aku. Jiwa aku bagaikan direnggut. Pilu hati aku.

           Senyumku padanya yang masih merenung. Bunga kecil itu aku renyukkan. "From now onwards, you should stop treating me good as your sister cause I'm not," gigi aku kertap. Beg kertas tersebut aku tolak kasar ke tubuhnya.

          "Don't show me your face and don't come near me because I despise you. No. I loathe you damn much!" Bunga tersebut aku campak ke wajahnya.

           Dia tergamam.

           Selimut aku selak kasar. Kaki dibawa turun ke lantai. Menyarung kasut kulit sekolah. Beg dihujung katil digalas ke bahu. "You're right after all. A person like you don't deserve to be forgiven," dalam suaraku. Aku menapak ke langsir. Berpaling darinya.

           Walau rasa gerun dengan lelaki ini masih berbaki namun rasa marah dan kecewa itu lebih mengatasi. Keberanian untuk mendekatinya datang tiba-tiba. Tag namanya yang tertulis baris nama serta jawatannya aku jeling jelik.

           "Bear in mind I hate you fucking much," bisikku perlahan tepat dihadapan wajahnya dan terus berpaling. Langsir ditolak kasar. Meninggalkannya yang masih tidak berkutik sekaligus berambus dari Bilik Rawatan ini.

           Aku benci lelaki itu!

Benci!

Dia bukan lagi Aryan yang di admire olehnya suatu ketika dulu.

Bukan lagi Aryan yang sweet.

Bukan lagi Aryan yang melayan dirinya istimewa.

Aku mengertap kuat gigi. Mata yang berair aku sapu kasar. Dia bukan lagi manusia yang mampu buat aku rasa selamat. Hanya ketakutan sahaja apabila diri ini mendekatinya.

3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈Where stories live. Discover now