3 - Bad Mistake

340 33 1
                                    

Buku diari milik Aeyeong diselak satu persatu muka surat.

Banyak luahan Aeyeong yang dia tulis dalam diari ini. Semuanya tentang Jaehyun termasuklah gambar - gambar Jaehyun yang diambil tanpa pengetahuan Jaehyun bermula dari zaman kolej sehinggalah sekarang.

Hatinya mula sedih kerana terlalu rindukan Aeyeong.

Tangannya berhenti menyelak apabila suara anaknya menangis memenuhi ruang.

Jaehyun berdecit.

Suara itu tersangatlah bising. Kenapalah ibu tinggalkan Hyunjae di dalam bilik ni?

Jaehyun pandang Hyunjae yang berada di atas katil.

Hyunjae penyebab Aeyeong terlantar di Hospital dan sampai sekarang belum sedar.

Bukankah Hyunjae juga penyebab Aeyeong hampir mati?

Bantal diambil dengan langkah perlahan sambil mendekati Hyunjae.

Jaehyun menekapkan bantal keatas muka Hyunjae agar Hyunjae diam daripada nangis.

"Diam! Kalau kau nak hidup!"

Bantal ditekapnya sedikit kuat apabila bayi itu meronta - ronta.

Agak puas dirinya apabila tangisan bayi makin hilang.

 "Jaehyun! Apa yang kau sedang buat!" Tubuh Jaehyun ditolak kuat.

"Itu anak kaulah! Anak kau, Jung Hyunjae! Kau sedar tak?!"

Jaehyun memandang Taeyong dengan muka kosong.

Doyoung dengan pantas mengambil Hyunjae dan mendodoinya.

"Dia bunuh Aeyeong." Kata Jaehyun dengan nada yang mendatar.

"Engkau.. " Taeyong menarik kolar baju Jaehyun dan digongcangnya badan Jaehyun yang lemah itu untuk disedarkan.

"Tolonglah sedar! Bukan salah Hyunjae! Dia masih bayi yang baru lahir." Jerit Taeyong sambil dia menggongcang lagi badan Jaehyun.

Doyoung beredar bersama Hyunjae yang berada di dukungannya apabila keadaan semakin bising.

Kesian Hyunjae, dia mahu tidur.

Jaehyun mula menangis. Entah ini kali keberapa dia menangis.

"Aku patut mati, hyung." Jaehyun menunduk kebawah dengan kesal.

"Macam mana dengan anak kau dan isteri kau? Aeyeong mesti sedih kalau dia tengok kau jadi macam ni." Taeyong menggenggam kedua - dua bahu Jaehyun.

"Kau yakin Aeyeong boleh teruskan hidup?" Jaehyun memandang tepat kemata Taeyong serta dengan matanya yang masih berair.

Taeyong mengangguk yakin.

"Kita tunggu. Lagipun mereka kata masih ada peluang kan?"

"Kalau Aeyong tiada. Aku izinkan kau untuk bunuh aku."

"Kyaa! Jaehyun! Kau nak kena tumbuk pula ke?!"

Jaehyun tergelak kecil walaupun air matanya masih menitik deras.

"Kau kena minta maaf dengan Hyunjae. Hyunjae perlukan seorang ayah sementara Ibu Hyunjae sakit. Kau ayah Hyunjae kan? Jadi, kaulah yang kena bagi kasih sayang kat Hyunjae."

Jaehyun mengangguk perlahan. Dirinya semakin tenang dipujuk oleh Taeyong. Kemudian, dia berjalan mencari Hyunjae. Taeyong mengikutnya dari belakang sambil menepuk badan belakang Jaehyun tanda beri semangat.

Mujurlah mereka ada di rumah ketika keluarga Jaehyun tiada. Faham dengan situasi dan mental yang dialami oleh Jaehyun.

My Jaehyun Where stories live. Discover now