Confess

754 71 11
                                    

"Uwaaa ramai betul perempuan yang cantik cantik hari ni"

Mata Jaehyun melilau tengok sekeliling.

Apa? Aku ni tak cantik ke?

Penat aku berdandan hampir 3 jam tahu tak?!

Semata mata untuk Jung YoonOh!

Bukan senang aku nak berlawa. 

"Tapi dalam banyak banyak perempuan cantik, kau lagi menggoda". Jaehyun senyum meleret.

Adakah itu satu pujian?

Aku tersenyum nipis lalu aku mengambil makanan yang terhidang di atas meja.

"Erm A yeong, kau nak menari dengan aku tak?"

Eh! Ada lagi dia ni. Ingat kan dia dah pergi dengan kawan dia sebab aku palau dia.

Aku melihat Jaehyun. Aku pun turut melihat apa yang dilihat oleh Jaehyun.

Kelihatan kawan kawannya sedang berseronok di sana. Ada yang sudah mempunyai partner dan ada yang menari sesama jenis. Erkk..

Lagipun nasib lagu berlatarkan lagu rancak.

Agak sesuai lah jugak.

Tak ada lah nak keadaan sweet sangat.

"Boleh je"

Tangan aku terus dibawa oleh Jaehyun ke ruang tengah

Walaupun dalam keadaan blur. Aku menari dengan gaya yang aku mampu. Jaehyun hanya tersenyum sambil menari.

Agak lama kami bergembira berduaan. Terkinja kinja sambil gelak ketawa. Rasa macam dunia ini berhenti hanya untuk kami berdua.

"A yeong! Aku nak cakap sesuatu dengan kau!". Jaehyun menjerit sedikit akibat bunyi yang agak bingit.

Dia nak cakap sesuatu?

Aku mengangguk dan mengikut Jaehyun berjalan keluar dari dewan.







Sunyi.

Itulah yang aku rasa di tengah malam bersama Jaehyun.

Kami berdua duduk di sebuah bangku yang berada di taman sambil melihat bulan yang terang benderang.

"Apa kau nak cakap?" Setelah lama berdiam, aku bersuara. Aku melihat Jaehyun yang sedikit bergetar dari ekor mataku. Mungkin dia gementar.

Kenapa dia gementar?

Jaehyun menarik nafas.

"A yeong, kau ada perasaan kat aku ke?"

"Huh ? K-kenapa?" Tolonglah jangan gagap.

"Aku cuma nak pastikan".

Aku diam. Aku taknak kena friendzone.

Tiba tiba aku rasa telefon bergetar kerana aku set dalam mood silent.

Aku membuka mesej yang baru sampai.

To my dear Yoon Aeyeong, aku tahu kau banyak bersabar dengan aku. Kali ni aku bagi kau peluang. Sudi tak kau jadi girlfriend aku?

And you know what?

I love you too :)

Aku terbungkam. Aku membaca banyak kali mesej ini dan juga pemberi mesej ini.

Iya betul. Mesej ni dari






From : My Jaehyun



My Jaehyun Where stories live. Discover now