Throwback pt.3

814 71 0
                                    

"Kau pancitkan basikal aku lagi?!" Terbuntang mata aku melihat Jaehyun yang mengusik basikal aku.

Jaehyun bangun dengan tenang

"Serius. Bukan aku". Kedua dua tangannya diangkat tanda dia tidak bersalah.

"Habistu kenapa setiap kali tayar basikal aku pancit, kau mesti ada kat sini. Dah terbukti kau memang bersalah!"

Aku baru sahaja tukar tayar baru. Banyak kali aku menolak tawaran Jaehyun untuk membelikan basikal baru terus kepada aku. Aku fikir mungkin Jaehyun tidak bersalah pada waktu itu. Tapi, tengoklah sekarang.

"Nama kau A Yeong kan?"

Aku menoleh memandang pemilik suara yang tiba tiba kedengaran.

Aku angguk.

"Aku dah jumpa budak sebenar yang pancitkan basikal kau. Aku dah agak kau salahkan Jaehyun. Jaehyun cuma nak selamatkan keadaan. Tolong lah jangan main tuduh dia" . Jelas Jungkook.

Aku terdiam.

"Mana budak tu?" Soal Jaehyun kepada Jungkook.

"Tak sempat tangkap tapi, Yugyeom dah report pada guru disiplin." Jawab Jungkook.

"Baguslah dah report. A Yeong, kau balik sekali dengan kitorang". Jaehyun memandang mataku tepat.

Aku menunduk. Aku malu kerana sekali lagi menyalahkannya tanpa bukti yang betul.

Aku angguk. Tiba tiba terasa tangan aku dipegang. Aku mendongak.

"Kita jalan kaki. Aku tak naik basikal hari ni. Pasal basikal kau tu, besok kitorang selesaikan."

Kenapa Jaehyun tak marah ? Sedangkan aku menuduhnya.

Jaehyun menarik tangan aku ke arah kawannya selepas tiada respon dariku.

My Jaehyun Where stories live. Discover now