Throwback pt.4

780 73 1
                                    

"A Yeong, giliran kau!!"

Aku memandang satu persatu mata yang memandangku.

"Truth or dare?" Minggyu menjongketkan kening sebelah.

Aku berfikir. Kesemua mata masih tertumpu kepada ku.

"Dare"

Kesemua mata tadi memberi isyarat mata dengan riak muka gembira kecuali Jaehyun yang turut diam dengan telatah mereka. Mahu mengusik aku lah tu.

"Kitorang nak kau cium Jaehyun!" Ujar Jungkook dengan senyuman lebar sehingga menampakkan gigi arnabnya.

Yugyeom bertepuk tangan dengan Jungkook tanda setuju.

Apa?

Cium?

Jaehyun?

Gila.

"Cium!"

"Cium!"

"Cium!"

Mereka mula bersorak apabila langsung tiada gerakan dariku.

Aku menoleh sebelah memandang Jaehyun.

Dia tersenyum kecil. Telinganya agak merah.

Aku tak pasti dengan riak wajahnya.

Mungkin dia tidak suka?

Atau

Dia okay?

Haishh...

"Tukar benda lain lah"

"No! No! No! No! Dah janji kan? Kita tak boleh tukar rules, once dah dapat soalan atau hukuman. Betul tak?" Dokyeom menyenggol lengan Jaehyun.

Jaehyun tersenyum kecil sambil mengangguk. Matanya masih tertumpu padaku.

"Jaehyun, aku minta maaf." Kataku perlahan sambil memejam mata lalu dengan sekelip mata sahaja, aku mencium pipi Jaehyun. Pipi kay! Pipi!

Mereka bersorak gembira. Walaupun ada yang tak puas hati.

"Kenapa bukan bibir. Sepatutnya aku suruh kau cium by lips to lips tadi". Jungkook memuncungkan bibir. Apa masalah budak ni!?

"Kenapa sekejap sangat?". Dokyeom turut memuncungkan bibirnya.

"Eh tak apa lah! Lagipun aku sempat ambil gambar tadi!" Jerit Yugyeom sambil menayangkan gambar dari telefonnya ke arah mereka semua.

Aku lentokkan muka ku atas meja. Aku malu sangat sangat.

...

Kini aku dan Jaehyun berjalan kaki bersama untuk balik ke rumah. Yang lain sudah pun balik ke rumah mereka dengan arah yang lain.

Hanya kami berdua sahaja tak berpisah.

Sunyi.

Itu yang aku rasa sekarang.

"A Yeong"

"Erm?" Aku menoleh memandang Jaehyun. Akhirnya, dia bersuara.

"Nanti habis sekolah, kau nak ambil bahagian apa?"

"Nyanyi"

Jaehyun mengangguk.

"Kita suka bidang yang sama". Jaehyun tersenyum kecil memandangku.

Aku mengangguk kecil. Tak tahu nak balas apa.

"Apa kata kita apply kat kolej yang sama?"

"Kita?" Soal ku.

Jaehyun angguk.

"Aku rasa aku perlu jaga kau jugak"

Sejak kami berdua kenal. Dia ambil berat sangat pasal aku sehingga lah sekarang. Aku dah besar. Aku tahu berdikari. Tapi kerisauan Jaehyun buat hati aku berdegup kencang.

Kenapa?

My Jaehyun Where stories live. Discover now