Party

790 71 0
                                    

Pelbagai makanan yang membuatkan aku menjadi rambang mata.

Jaehyun pula entah kemana dia menghilang.

Kalau bab berkumpul dengan geng dia ramai ramai, dah semestinya aku hilang jejaknya.

Tak apa lah. Itu hal lelaki.

Nasib ada beberapa kawan ku di sini.

"Nah untuk kau". Secawan wine diberikan untuk aku.

"Aww terima kasih Chaeyoung" Aku mengambil hulurannya.

"Jom kita mulakan? Hanya kita!" Jerit Irene dengan riang.

Kami semua melagakan cawan.

"Cheers!"

Selepas seteguk aku minum, aku tambah lagi. Bukan senang nak merasai wine semahal ini.

"Yah! Yoon Ae Yeong, bukan kau dah minum banyak ?" Jennie menegur. Mungkin baru sedar aku sudah minum banyak.

"Ayy~kau fikir aku cepat mabuk ? Don't worry aku okay" Aku tersenyum yakin.

Jennie terus menyambung kembali percakapannya yang tergendala tadi.

Aku hanya mendengar perbualannya sahaja.

Pelbagai cerita yang kami kongsikan sehinggalah aku menguap menandakan aku ngantuk.

Parti ni seronok. Kenapa aku rasa bosan dan mahu tidur?

"A Yeong! Kau minum banyak ?"

Eh! Suara ni! Aku macam kenal suara ni. Setiap hari aku dengar suara ini.

Dengan perlahan aku mengangkat wajahku daripada menunduk untuk melihat wajahnya.

"Jung Yoon Oh!" Aku memeluk lehernya. Sejak bila Jaehyun ada disebelah aku?

Tapi aku suka kehadirannya yang secara tiba tiba seperti begini.

"Ya, aku minum banyak. Aku tak mabuk lagi. Betul, aku masih waras" Terangguk angguk aku berkata.

Jaehyun mengusap kepalaku sambil tersenyum manis.

Auww lihat lah senyuman dia. Sungguh aku cair.

"Jom balik" Jaehyun terus memegang tangan ku.

"Erm aku tak puas lagi nak berborak dengan- "

"A Yeong~ kau kena balik sekarang. Dah lewat malam." Ujar Jaehyun lembut.

Ini yang aku lemah.

"Baiklah." Aku menunduk kemudian aku terus tertidur.

My Jaehyun Where stories live. Discover now