Heartfelt

878 99 2
                                    

  Aku mengeluh berat. Aku berasa tertekan untuk membuat kerja khusus yang diberikan oleh pensyarah.

Lagi lagi aku penat melayan karenah satu pensyarah ini.

Baru sahaja aku meluahkan segalanya kepada ibu.

Habis sahaja ibu nasihatkan ku supaya sabar dan memujukku, aku sambung menangis di bilik. Rasa tak puas.

Tok tok

"Ya!?" Sahutku.

"Jaehyun datang nak jumpa kamu"

Jaehyun?



Aku keluar ke laman rumah. Terlihat kelibat Jaehyun tersenyum kearahku.

"Asal datang sini" soalku mendatar.

Jaehyun menarikku ke dalam pelukkan.

"Ibu kau cakap kat aku yang kau sedih sebab kau tertekan sangat"

Ibu cerita kat Jaehyun?

Oh gosh ! Malu la aku. 

"A Yeong, kita kan kawan. Aku selalu perlukan kau, susahkan kau bila aku ada masalah. Sekarang, kau pula. Tak salah kalau kau luahkan kat aku". Jaehyun mengusap kepalaku perlahan.

Aku memeluk Jaehyun. Kemudian aku melekapkan mukaku kebadannya. Pertama kali aku hidu bau Jaehyun.

Pelukkan dari ibu membuatkan aku lega. Manakala, pelukkan Jaehyun menghangatkan ku.

Air mata aku mengalir sekali lagi. Seharian aku menangis sejak balik dari kelas.

"Ramai orang sayangkan kau A Yeong. Termasuk aku"

Aku terdiam.

My Jaehyun Where stories live. Discover now