Why

576 53 3
                                    

"Haechan!"

Haechan terus berlari laju tatkala namanya dipanggil oleh aku.

"Kyah!! Lee Donghyuk!" Aku menjerit sambil mengejarnya.

Bukan main laju dia lari.

Aku berlari melalui jalan pintas dan akhirnya aku berjaya berada di hadapan Haechan.

"Woah!! Nuna!" Terbeliak mata Haechan apabila melihatku di depannya.

"Kenapa kau lari?" Aku bercekak pinggang.

"Dah lambat nak masuk kelas." Haechan menggaru kepala.

"Sekarang waktu rehat."

"Hishh nuna nak apa?" Muka Haechan dah murung lain macam.

"Mana Jaehyun?"

Jeda.

Haechan memandang ke atas berfikir. Pada pandangan aku, dia berpura pura fikir.

"Hah tu dia!" Jari telunjuknya dihalakan ke arah belakang aku.

Dengan pantas aku pusing.

Tak ada pun?

"Cari aku?" Eh!? Itu suara Jaehyun kan? Betapa rindunya dengan suara ini.

Aku memusing kembali kehadapan.

Kelihatan Jaehyun dan Haechan.

"Haechan, kau boleh pergi." Pinta Jaehyun.

Haechan dengan perlahan mengundur diri bersama riak muka yang agak serba salah.

"Kemana kau menghilang?" Aku soal sebaik sahaja Haechan pergi.

"Aku sibuk dengan assignment yang baru ni. Maaf, sebab dah tak dapat nak luang masa dengan kau."

"Erm.. Bila kita akan-.. " Belum habis aku berkata. Jaehyun sudah memotong.

"Aku tak tahu bila. Tolong jangan cari aku lepas ni. Aku sibuk. Kau pun nampak kan ? Jadi, buat masa ni kita tak boleh date."

Kenapa?

Adakah betul Jaehyun dah tak suka kat aku?

Kenapa dia jadi macam ni?

Walaupun nada dia biasa tapi tetap berunsur sedikit tegas.

Dan aku rasa nak nangis.

My Jaehyun Where stories live. Discover now