Hearthtrob

879 86 0
                                    

From : My Jaehyun

Nanti kau balik dengan aku. Tunggu je aku. Jangan balik dengan Jungwoo.


Okay 👌



"Kau balik lah dulu. Aku tunggu Jaehyun"

Aku pandang Jungwoo. Jungwoo mencebikkan bibirnya.

"Okay. Aku pergi dulu". Kedua tangannya diletakkan dalam poket berjalan meninggalkan aku keseorangan di dalam dewan ini.

Aku berpaling sebaik sahaja aku merasakan ada satu tangan menyentuh bahuku.

"Lama kau tunggu?" Soalnya.

Aku menggeleng. Wajahnya yang basah menjadi tatapan ku.

Jaehyun memeluk bahuku.

"Jom balik!"

Baru sahaja dia membuka langkah. Aku menghentikannya.

Keningnya terjungkit keatas kerana tertanya dengan tindakan ku.

Aku mengambil sapu tangan yang sentiasa dalam poket kemudian aku mengelap wajahnya yang basah.

Aku tak boleh tengok wajahnya yang peluh sebab terlalu menggoda. Tambahan rambutnya masih basah. Ehem.

"Oh, muka aku berpeluh sangat eh?"
Jaehyun tersenyum suka.

"Kau lupa lap ke? Aku geli tahu tak. Dah lah busuk"

Ceh,padahal aku suka.

"Sorry, aku kelam kabut tadi. Aku risau kau tunggu aku lama."

Aku tersenyum lebar.

Sekali lagi hati aku berbunga bunga.

My Jaehyun Where stories live. Discover now