"Hairah, awak okay?". Hairah yang sedang duduk termenung di atas pangkin itu ditegur. Sekarang mereka semua sedang berada di kampung. Rumah keluarga Hairah. Pagi tadi mereka mendapat berita akan kematian Ibu dan Ayah Hairah.
Memang mengejutkan. Pantas sahaja semua bergegas balik ke kampung. Sebahagian tidur di rumah Tok Wan dan Wan. Hanya dia, Rayyan dan Aryan sekeluarga tidur di rumah Hairah. Memandang ada lagi saudara mara yang bermalam di kampung untuk tahlil 3 hari.
Rumah Tok wan dan Wan agak sempit. Jadi mereka buat keputusan untuk tinggal di rumah Hairah. Lagipun dapat temankan Hairah.
"Okay, cuma aku terkejut. Sekelip mata aku dah jadi anak yatim piatu". Langit dipandang. Bintang masih banyak. Mungkin hujan tidak turun malam ini. Namun air mata Hairah pula jatuh.
Sejujurnya dia masih tidak dapat terima dengan kepergian kedua orang tuannya. Siapa sahaja dapat terima begitu sahaja kalau kedua-duanya meninggalkan dia tanpa pesan atau apa sekalipun.
Dia buntu sekarang mahu hidup bagaimana?
"Ketentuan Tuhan Hairah. Mungkin Tuhan nak beri kau sesuatu yang lagi baik". Darin juga memandang langit. Langit yang indah tapi di hari yang suram untuk mereka.
"Ini semua kifarah aku Darin. Selama ini aku dengan keluarga aku banyak susahkan kau. Sihir kau. Rampas Rayyan dari kau. Banyak benda aku dan keluarga aku buat pada kau. Maafkan kitaorang sekeluarga Darin".
Dia menyesal. Mungkin semua ini untuk kesalahan dahulunya. Dia jahil. Dia jahat. Memang patut ini yang dia dapat
"Dulu memang aku geram. Tapi bila aku fikirkan balik memang aku bersalah, tinggalkan suami aku, dan kau berhak cakap macam itu. Itu sebab aku rela bila ibu kau nak kahwin kan kau dengan Rayyan".
Sejujurnya memang dia terasa hati yang teramat pada keluarga Hairah. Bukan mudah untuk dia bersetuju untuk berkongsi kasih. Rasanya perempuan lain pun sama kan? Tapi disebabkan dia tahu itu kesalahannya dia rela. Rela untuk berkongsi kasih. Dengan memikirkan kemungkinan yang baik.
"Tapi takpalah Hairah. Benda dah lepas. Aku dah maafkan kau, Mak ngah, Pak Ngah. Aku dah takda terasa hati lagi pada korang. Lagipun aku nak tengok kau bahagia. Dengan Malik". Darin tersenyum memandang Hairah. Mungkin Allah ambil kedua orang tua Hairah tapi digantikan dengan Malik.
"Aku tak tahu, aku boleh bahagia ataupun tidak dengan Malik". Malik yang sedang berbual dengan Rayyan dan Aryan dipandang. Dia suka, dia cinta pada Malik tapi dia tidak tahu boleh ke dia bahagia bersama Malik. Dia cuma.... Musykil...
Darin juga memandang ke arah yang sama. "Aku percaya, Malik orang yang terbaik untuk kau". Dia bangun dari duduknya. Melihat Malik menghampiri mereka membuatkan dia berlalu pergi. Memberi ruang kepada pasangan itu.
"Hey. Awak okay?". Malik mengambil tempat di tepi Hairah. Bersama menikmati pemandangan malam kampung. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Nak balik kampung mana. Kampung pun dia tiada...
"Tak...". Dengan Malik dia terasa ingin jujur. Suami sendiri. Dia terasa selesa.
"Awak rela tak Ibu dengan Ayah pergi?"
"Tak....". Semakin lama semakin bergetar suara Hairah. Terasa ingin menangis lagi sekali.
Mendengar nada suara yang semakin berubah Malik menarik tubuh isterinya mendekatinya. Dipeluk erat bahu Hairah sambil diusap lembut. Dia tahu rasa kehilangan. Dia dan Malika sudah rasa perkara itu terlebih dahulu. Atau mungkin mereka lebih teruk.
"Sampai hati diorang tinggalkan saya macam ni....". Adu Hairah. Semakin terasa ingin nangis apabila dipeluk begini. Kenapa ye, kalau ada yang nak memujuk mesti rasa nak menangis tu lagi teruk?

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] : PSYCHO MR HAZEL
Romansa~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel ini tidak terlalu kejam dan tidak terlalu baik juga, matanya boleh menggoda sesiapa sahaja yang meman...