Aduhai....
"Mana isteri-isteri kamu Rayyan, Syafiq?".
"Huh?". Kedua-dua berkata serentak
Aryan tahan ketawa melihat dua manusia dihadapannya
Biasalah kena sergah dengan legend monster memang lah gitu sikit
Wayar dekat otak terputus..
"Dah kenapa dua-dua, Wan tanya mana isteri kamu berdua?"
Kedua-duanya memikirkan alasan yang sesuai
"Darin tak sihat Wan"
"Haih, dah tahu bini tak sihat, kau buat apa dekat sini lagi!".
"Dia yang suruh datang sini wan, katanya kesian dengan ibu dah masak banyak-banyak kitaorang tak datang". Balas Rayyan
Terbayang pula wajah lemah isterinya di atas katil sebelum dia pergi
Darin muntah-muntah sebelum dia pergi tadi, tak tahu kenapa
Risau tu memang risau tapi dia yang suruh, bantah karang... Tahu jelah apa jadi
"Kamu Syafiq, isteri mana?"
Sasaran ke arah Syafiq pula setelah berpuas hati dengan jawapan Rayyan
Rayyan menghela nafas lega
"Hannah, dia pergi rumah keluarga dia"
"Kenapa pulak?"
"Ayah dia sakit, Wan"
"Habistu yang kamu dekat sini lagi buat apa? Pergilah melawat mertua kamu sana tu! Tak reti-reti lagi ke?".
Aduhai cucu-cucu aku ni
Bijaknya disimpan sangat!
"Dia kata nak balik sendiri, Syafiq tak payah ikut". Bidas Syafiq
"Apalah bengap sangat kamu ni Syafiq Adnan oiii!!".
Aryan sudah melepaskan tawanya apabila Wan sudah menyeru nama panjang Syafiq
Syafiq terdiam
"Wan Maimun, sudah-sudah la tu ganggu cucu-cucu aku makan".
"Alahai Tok Akienya manjakan sangat cucunya"
"Ehh cucu aku memang lah aku manjakan Wan Maimun oii"
"Ialah Tok Akienya"
Cucunya tak boleh ditegur langsung suami aku ni
"Makan-makan cucu-cucu Tok semua"
5 minit kemudian...
Bam..
Tersentak Rayyan, Syafiq dan Aryan apabila meja makan tiba-tiba diketuk kuat oleh Wan mereka
Cepat semua mencapai air, diteguk rakus
"Wan nak tengok gambar isteri kamu"
"Wan!!" Mereka berkata serentak
Itu je?
"Cepat-cepat!". Tangan dihulurkan pada Rayyan Dan Syafiq
Rayyan keluarkan henfon, gambar Darin dicari dalam henfonnya
"Nah Wan"
Henfon diserahkan
"Cantik-cantik, pandai cucu Wan pilih, Wan suka"
Gambar Darin ditilik, memang nampak bahagia
"Memang la pandai, cucu aku yang pilih".
"Sibuk sungguh la Tok Akienya"
Wan Maimun menyampah dengan suaminya
"Syafiq gambar isteri kamu"
Tangan dihulurkan pada Syafiq pula
"Kejab Wan"
Syafiq mencari satu persatu gambar Hannah di dalam henfonnya
Rasanya ada, tapi kenapa macam takda ni
"Gambar isteri sendiri pun takda ke!"
"Nah"
Henfon dirampas kasar dari tangan Syafiq
"Ada pun"
Gambar Hannah pula ditilik
"Cantik, Wan approve". Henfon dikembalikan semula
Dia menarik nafas lega
Gambar Hannah dipandang semula, lalu disimpan kembali
Satu-satunya gambar Hannah dalam henfonnya
"Wan nak duduk rumah Rayyan esok, boleh Rayyan?"
"Boleh Wan".
"Sebulan lepas tu, Wan nak duduk dengan Syafiq pula, boleh Syafiq?"
Syafiq mengangguk
"Wan, rumah Aryan". Aryan bertanya girang
Bestnya kalau duduk ngan Wan
"Wan tak main la duduk rumah orang single"
Mati senyuman Aryan
Ceh single Wan panggil aku
"Yang forever alone sila main jauh-jauh ye". Tok Akienya pula menyampuk
"Tok!! Wan!!".
Aryan geram
Hisy sakit hati kita!!
Yang lain disitu hanya tergelak sahaja melihat rajuk si Aryan
Aku merajuk!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this storyHargai sangat ✨✨
From me-
YOU ARE READING
[C] : PSYCHO MR HAZEL
Romance~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel ini tidak terlalu kejam dan tidak terlalu baik juga, matanya boleh menggoda sesiapa sahaja yang meman...