76

10.6K 434 31
                                    

Bab ni agak membosankan, tapi harap-harap awak-awak semua suka. Banyak salah dalam ejaan dan dalam susun atur ayat. Maaf kalau benda macam itu menganggu. Maaf lambat update, terima kasih sudi menunggu 🤭

Okay, back to story
Enjoy semua!😊💜


















"Sayang....". Rayyan menyapa isterinya. Pintu bilik ditutup rapat. Namun senyuman dibibirnya hilang melihat envelop coklat besar berada di tangan isterinya

"Sayang....". Dia cuba memanggil lagi sekali

"Saya ada kembar..... Rayyan saya ada kembar". Air matanya mula mengalir. Tetapi bibirnya masih tertawa. Tidak tahu ini air mata gembira mahupun air mata kesedihan. Dia tidak dapat kenal pasti

"23 tahun saya hidup, satu hari saya tak pernah fikir saya akan ada kembar, tapi harini depan mata saya benda ini muncul. Saya patut bahagia ke Rayyan?....". Gambar gadis yang serupa dengannya itu ditilik. Surat beranak juga yang ada didalam envelop itu juga diteliti satu persatu

"Saya tak pernah tahu ada orang lain sambut hari jadi sama tarikh dengan saya, saya tak pernah tahu ada orang serupa dengan saya, saya tak pernah tahu darah daging saya masih hidup dekat dunia ni. Saya berdosa ke Rayyan tak cari dia?....". Air matanya semakin lebat. Gambar kembarnya diusap. Dia masih ada keluarga  rupanya

"Sayang...". Rayyan cuba mendekati Darin namun pantas Darin menghalang.

"No... No biar saya yang cakap. Selama ni saya tak pernah ada usaha nak cari keluarga saya. Saya bodoh biarkan kembar saya, macam mana kalau dia terasa hati dengan saya? Macam kalau dia tak suka saya sebab saya tak pernah cari dia? Macam mana kalau....."

"Sayang...". Pantas tubuh itu dipeluk. "Hey... Kembar awak ok sayang, dia hidup selesa, jangan risau okay". Pujuk Rayyan. Tidak sanggup melihat isterinya begini

"Awak pernah jumpa dia?". Matanya terus memandang suaminya

Rayyan mengangguk lambat-lambat. Pelukan dieratkan

"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? Awak tahukan saya dah lama nak ada keluarga. Kenapa awak sembunyikan semua benda penting macam ni dari saya!? Kenapa Rayyan!!? Awak taknak saya ada keluarga ke!?". Dia meronta dalam pelukan Rayyan minta dilepaskan.

"Bukan...."

"Sampai hati awak!? Sikit pun awak tak bagitahu saya!? Awak tipu saya pasal kerja mafia awak tu saya boleh terima. Ini kembar saya Rayyan! Orang yang paling penting dalam hidup dalam hidup!?". Tengking Darin. Hatinya sakit ditipu lagi

"Sayang... Tenang sayang...". Bisik Rayyan apabila melihat Darin seperti sukar untuk bernafas. Dada Darin diusap lembut untuk menstabilkan kembali pernafasan isterinya. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Mata isterinya sudah memerah.

Darin masih lagi menangis, namun sudah semakin surut. Cuma sendunya masih ada. Pernafasannya kembali stabil. Dia bernafas menggunakan mulut hidungnya sudah tidak berfungsi rasanya kerana tersumbat. Akhirnya dia menangis di dada suaminya

"Abang minta maaf sebab tak bagitahu sayang semua ni, abang nak beritahu tapi kembar sayang tak beri, dia kata dia tak bersedia nak jumpa sayang lagi, dia takut sayang tak boleh terima dia". Terang Rayyan apabila situasi sudah terkawal. Tangan masih setia mengusap lembut dada isterinya

Bukan salah dia kerana sembunyikan identiti kembar Darin, Erin sendiri kata dia tidak mahu Darin tahu tentang kewujudannya. Terpaksalah dia ikut sahaja. Tiada guna dia beri tahu Darin jika Erin sendiri tidak mahu berjumpa Darin. Tidakkah itu mendatangkan lagi kecewa kepada Darin nanti? Jadi dia memilih untuk senyab

[C] : PSYCHO MR HAZEL Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang