2

39.9K 1.8K 64
                                    

"Wey Rin jom pergi kantin".

"Huh?"

"Pergi kantin, makan"

"Takpalah aku diet"

"Aik, kau? Diet? Macam tak sesuai je". Waisa duduk di kerusi hadapan Darin, semua pelajar sekelasnya sudah turun ke kantin

"Kau kenapa ni? Selalunya ok je, kau la yang paling suka makan". Waisa bertanya. Siapa tak risau bila kawan kau paling suka makan tak selera makan

Cuba bagitahu sikit

"Takda selera je, kau pergilah makan, aku ok je duduk sini sorang". Darin memberi alasan, dia menunduk memandang bukunya

"Takpalah aku teman kan kau kat sini". Balas Waisa. Darin perlukan dia, takkan dia nak bla macam tu je

"Hmm".

Tiba-tiba air mata Darin jatuh diatas buku yang sedang dia tulis, pantas diseka oleh Darin

"Weyy kau kenapa nii?". Waisa bertanya. Risaula aku macam ni

"Takda pape, sedih sikit je". Ujar Darin, dia tidak mahu risaukan kawanya

"Sebab?"

Darin diam

"Mesti sebab kakak angkat kau tu kan? Apa dia buat dekat kau? Bagitahu aku". Tegas suara Waisa bertanya.

"Takda pape".

"Hisy aku tahu kalau kau nangis mesti kakak angkat kau tu yang buat kan?".

Darin diam, dia tidak tahu hendak balas apa, memang ini disebabkan kakak angkatnya tidak habis-habis kata dia pembunuh keluarganya. Bukan salah dia keluarganya mati. Dia pun sedih

"Dah la tu Darin, kau sabar tau, kalau kau nak bahu aku untuk nangis aku sedia ada tau". Waisa memujuk, kalau dia memaksa Darin untuk bercerita pun bukan dia boleh bantu Darin

"Thanks beb sentiasa ada untuk aku".

"Hmm". Aku selamanya ada untuk kau Darin. Selamanya kita kawan

"Weyyy laparr". Darin pula mengadu, tangannya diletakkan di perut

"Ceh, dah buat drama air mata kau, lepastu mengadu dekat aku, banyak cantik". Ujar Waisa

"Ala baby jom la makannn". Pujuk Darin

"Eeee tak payah nak baby sangat geli aku tau". Waisa menjauhi Darin, maaf saya masih mengenal agama

"Ala kau suka sebenarnya kannn". Darin mendapatkan Waisa, lengan Waisa dipeluk

"Eee memang tak la".

"Eleh taknak mengaku pulak".

"Eh boleh jalan la"

Sepanjang jalan hanya gelak ketawa mereka sahaja, kisah yang sedih dilupakan seketika

------------
Kringgg.... Kringggg

Loceng menandakan waktu balik berbunyi

Darin dan Waisa kemas buku mereka, yang lain sudah berpusu-pusu keluar kelas , memandang Darin dan Waisa berjalan kaki pulang jadi mereka tidak risau sangat

"Wey pukul 3 kita jumpa tempat biasa nak". Darin memulakan perbualan

"Boleh je"

"Ok cun"

Mereka masuk di kawasan elit, rumah mereka berdua memang dalam kawasan itu

"Wey jom pergi kedai sekejab, haus la". Waisa meminta simpati

"Hisy kau ni dah masuk dah ni, kena keluar balik". Rungut Darin. Hanya diluar kawasan rumah elit sahaja ada kedai dalam tiada

"Please". Muka comel keluar

"Yelah, yelah jom"

Mereka berjalan keluar dari kawasan rumah elit itu

Tiba-tiba ada satu van hitam berhenti di tepi mereka

Tubuh Darin dahulu menjadi sasaran, ditarik oleh seorang lelaki berbadan tegap yang keluar dari van itu

Namun sempat Waisa menarik lengan Darin, dia bergelut bersendirian dengan penculik itu

"Tolongggggg!". Darin menjerit. Malangnya tiada siapa di situ hanya mereka dan penculik

"Lepaskan dia lah!". Waisa sedaya-upaya tidak melepaskan lengan Darin

"Bro angkut dua-dua je lah". Yang membawa van itu berkata

Waisa terkejut, terlepas tangannya dari lengan Darin apabila tubuhnya sekali diheret masuk ke dalam van itu

Dia cuba menolak namun gagal tenaganya tiada lagi

Akhirnya mereka dibawa lari oleh penculik-penculik itu

Darin memandang Waisa yang sudah keletihan berlawan dengan penculik itu tadi

Waisa pula hanya boleh bergantung kepada Tuhan sahaja sekarang

Tuhan tolong kami.....
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

[C] : PSYCHO MR HAZEL Where stories live. Discover now