"Aryan gurau jelah ibu!". Aryan ketawa kuat melihat wajah ibunya
Make up yang seakan-akan lebam ditepi bibir dilap. Memang niat sengaja mahu bergurau. Tidak sangka pula dipandang serius Puan sri Aisyah
Tiba-tiba telingga nya terasa perit
"Aduh! Ibu ampun ibu!". Tangannya cuba menarik tangan si ibu dari melekap di telingganya
Sakit woi. !!
Maafkan aku telingga!!!
"Bergurau lagi benda macam ni! Memang ini makan dia!". Balas Puan sri Aisyah, pulasan di telingga Aryan dikuatkan lagi
Kita punya risau sampai nak keluar jantung dia boleh main-main pulak pasal benda macam ni!
Bertuah punya teruna!
"Ala ibu Aryan gurau je". Muncung dikeluarkan, main peranan
Tak adil la macam ni!
"Tarik je lagi mama telingga budak ni, bila nak matang pun papa tak tahu la". Tan sri Alfi menyokong tindakan isterinya
Anak bujang seorang ini sampai bilalah nak hidup dengan gurauan sehingga benda kahwin juga dibawa bergurau
Tak pernah serius langsung kalau hal begini
"Papa defend la Aryan!" Makin panjang muncungnya
"Dah la papa nak tengok cucu papa, layan kamu ni buang masa papa je Aryan oi". Tan sri Alfi bangun dari duduknya
"Abang...". Simpati Rayyan pula dipinta
"Aku pun nak tengok anak aku, jom sayang". Tangan isterinya ditarik mengikutinya
Darin mengangkat ibu jari tanda bagus
Aryan maki mereka dalam hati
Kurang asam jawa betul!
"Hah nak minta tolong siapa pulak sekarang?". Puan sri Aisyah mengangkat-angkat kening
"Ala ibu". Tubuh ibunya dipeluk erat lalu pipi itu dicium bertalu-talu
Haih ibu kesayangan ni
"Disebabkan kamu nak bangkitkan hal ni, ibu perintahkan selama sebulan cari menantu untuk ibu, faham! Kalau tak ibu kahwin kan kamu dengan anak pakcik Samad sebelah rumah Wan tu, bersiap-sedia ok". Kepala anaknya dipukul lembut sebelum berlalu pergi
Aryan termanggu- manggu di situ
Sebulan?
Carikan menantu untuk ibu?
Kepalanya dipukul berulang kali, menyesal dengan gurauan sendiri
Buat hal la kau ni Aryan!!!
"Abang!! Tolong aku cari menantu untuk ibu!". Abangnya dicari, pantas langkahnya dibawa ke tingkat atas
Aku taknak kahwin dengan anak pakcik Samad sebelah rumah wan tu!!
--------------------------
"Tak payah nak paksa- paksa boleh tak? Saya kata taknak, taknak la!". Hannah menengking SyafiqLelaki dihadapannya ini setiap hari menganggunya, dulu dihospital setiap hari datang melawat katanya, sekarang di rumah pulak
Apa yang dia nak ni!?
Rimas la!
"Boleh tak kau ikut je aku balik, bukannya aku nak rogol kau pun". Syafiq berkata tenang, taknak bising-bising di rumah mertuanya
"Taknak! Tak faham ke!?". Hannah pusing ingin masuk ke dalam namun dirinya panic apabila terasa dirinya diangkat
"Duduk diam-diam kalau kau taknak aku berkasar". Amaran diberikan sebelum langkah menuju ke keretanya

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] : PSYCHO MR HAZEL
Romance~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel ini tidak terlalu kejam dan tidak terlalu baik juga, matanya boleh menggoda sesiapa sahaja yang meman...