61

12.6K 515 10
                                    

"Nurse! Mana isteri saya?"

"Tak silap saya puan Darin ada dalam bilik"

"Dalam bilik? Takda pun"

Rayyan terus berlari pergi ke bilik wad Darin tanpa mendapat jawapan dari nurse yang bertugas

"Sayang!".

Masih tiada

Dia berlari mencari Darin disekeliling hospital

Tiada!

Tak boleh jadi!

No telefon Syafiq dicari

"Encik Rayyan! Saya nampak puan Darin ada dekat taman hospital". Nurse yang berada di kaunter tadi memberitahu maklumat

"Thanks". Rayyan letak kembali telefonnya didalam poketnya

Dia berlari pergi ke taman hospital, sampai sahaja di taman hospital langkahnya terhenti

Cemburu pula datang menyapa

Keluar wad tak bagitahu aku, pergi taman jumpa lelaki lain pulak

Dia cuba menahan amarah, perlahan-lahan dia cuba mengusir  amarahnya dengan menarik dan menghembus nafas berulang kali

Tak berjaya!

Langkahnya diatur kembali ke bilik wad milik Darin

Pergi boleh takkan balik tak boleh kan?

Dia duduk di sofa yang ada, kaki disilangkan menunggu kehadiran isterinya

"Eh bang, bila kau sampai?". Aryan duduk di sofa sebelah abangnya

Kenapa pulak ni muka gitu?

"Isteri aku mana? Bukan aku suruh kau jaga dia ke?". Dingin

Aryan yang terasa dingin dalam percakapan Rayyan memandang abangnya

Ehem

Dinginnya

"Dia kata nak pergi keluar kejab, ambil angin".

"Sorang?"

Aryan mengangguk

Tiba-tiba pintu wad dibuka, Darin masuk

"Aryan kau balik dulu, aku dah ada dekat sini"

"Ok". Aryan pantas keluar dari bilik wad itu

Angin taufan abangnya bakal menyerang kejab lagi

Good luck kakak ipar!!

"Bila abang sampai?"

Anak kembarnya dilihat dah tiada mungkin nurse dah ambil semasa dia tiada tadi

Kharlish Rayel dan Narlish  Dayen selamat dilahirkan malam semalam

Baru dia tahu perasaan sakitnya nak melahirkan

Serius itu paling sakit dia pernah rasa

"Keluar pergi mana tadi?". Soalan dibalas dengan soalan

"Huh?"

"Tadi abang datang sayang takda pergi mana?"

"Taman hospital"

"Untuk apa?"

"Ambil angin"

"Ouhh ambil angin, tinggalkan anak dalam bilik macam tu je?".

"Masa sayang keluar tadi, K dengan N tidur"

Rayyan mengangguk perlahan tanda mengerti

"Sorang je ke dekat taman tu?"

Darin mengangguk

[C] : PSYCHO MR HAZEL Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang