5💕

7.1K 337 126
                                    

P.O.V Eric

"Eric?"Kedengaran namaku dipanggil.

Aku mengendahkannya.

"Eric?" Suara tersebut memegang bahuku.

Aku terus menoleh memandangnya.

Aku tidak dapat melihat wajahnya yang samar-samar.

Lelaki itu menghulurkan telefonnya kepadaku.

Tangannya tergetar-getar.

"Jom bergambar?"Ajak lelaki tersebut memejamkan matanya sambil tersenyum malu.

Seketika semuanya menjadi senyap.

Kawan-kawanku tersembur ketawa.

"Ini ke secret admirer kau? Hahahaha! Lelaki?!"Kawanku ketawa terbahak-bahak.

Lelaki itu membuka matanya perlahan-lahan.

Aku memandang lelaki di hadapan aku dengan reaksi wajah pelik.

"Bergambar?"Tanya lelaki itu kepadaku.

Kawan-kawan aku dah tergelak-gelak melihat babak ini.

Aku mengelengkan kepalaku enggan bergambar dengannya.

Wajahnya tiba-tiba berubah menjadi merah padam.

Lelaki itu berlari meninggalkan aku.

Dah kenapa dengan dia ni?

"Amir!!!" Panggil lelaki berbadan gempal itu sambil mengejar lelaki tersebut.

"Amir?"

Aku membuka mataku.

Aku terjaga daripada mimpi yang aneh sekali.

Apa yang cuba disampaikan daripada mimpi tersebut?

Adakah itu cebisan memori aku yang hilang?

Telefonku dicapai, skrin telefon dibuka.

Jam 05:30 a.m. terpapar pada skrin telefon.

Aku meletakkan semula telefonku.

Kipas yang berpusing pada siling direnung.

Suasana pagi yang sejuk menyelubungi pagiku yang misteri.

End of P.O.V Eric

"Kringggg! Kringgg!!" Penggera telefonku berbunyi.

Jam menunjukkan pukul 07:30 pagi.

Aku mencapai tualaku lalu bergegas bersiap.

Selesai sahaja aku bersiap, aku menatap cermin melihat diriku yang sempurna.

Eh? Sempurna ke? -,-"

Banyak perasanlah kau Amir!

Apa-apa pun, aku sekarang tengah buntu ni.

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now