Season 2 Begin! 1💕

9.3K 337 87
                                    

Aku melangkah keluar dari perut kereta. Menuju masuk ke dalam gerbang pintu pasaraya

Troli diambil olehku.

Buah?

Sayur?

Ayam?

Ais krim?

And the last thing is...

Tempura pedas!!

Wuhuuu.. Ma favorito!

Aku mencapai paket kuning tersebut dengan laju lalu berpaling ke arah troli ku.

Belum sempat aku hendak meletakkan paket tempura tersebut, aku terlanggar bahu dengan seorang jejaka.

Paket yang berisi tempura pedas sejuk beku aku jatuh ke lantai.

"Shit! " Aku menjelingnya tidak puas hati.

Lelaki tersebut masih berjalan tanpa rasa bersalah.

Aku tidak dapat melihat wajahnya disebabkan dia membelakangkan aku.

"Woii! Kau tak ada sivik ke?!" Tengking aku padanya.

Dia masih berjalan maju ke hadapan mengendahkan aku.

Eiii geramnya aku!

Dia boleh buat tak tahu je?!

"Kauuu! Woii jantan! Aku cakap dengan kau ni! Kau memang kurang ajar ke? Mak bapak kau tak ajar?! "Aku mengeluarkan kata-kata pedas sepedas tempura pedas yang dia jatuhkan tadi.

Lelaki itu tersentak lalu memberhentikan langkahnya.

Hah! Berhenti pun!

Cakap lembut-lembut tak boleh pakai. Dia kena kasar juga baru boleh.

Aku bersiap sedia untuk berperang dengannya.

Dia memusingkan tubuhnya ke belakang menghadap aku.

Aku memandang dari kasut hitamnya hingga ke pangkal lehernya dan alangkah terkejutnya aku melihat wajahnya.

Mata ku terbuntang luas.

Tak mungkin!

Ini dia ke?!

Betul-betul dia?!

"Kau kata apa tadi? Mak bapak aku tak ajar?!... " Berang lelaki tersebut.

Kali ni aku pulak yang mengendahkan kata-katanya.

Pelbagai perasaan bermain di hatiku.

Rindu..

Nak nangis..

Marah..

Pelbagai persoalan timbul di benak ku.

Betul ke ni dia?

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now