17💋

12.6K 459 39
                                    

Cuaca pada hari ini tidak terlampau terik dan tidak terlampau mendung.

"Hmm..dia dapat ke tak keluar ni?"Gumam Alif seorang diri sambil mundar mandir di halaman rumahnya.

"Kalau bos dia tak bagi keluar..biar aku yang minta izin dekat bos dia..pedulilah apa nak jadi sekali pun..asalkan aku dapat keluar dengan Amir.."

"Alif!"Tegur aku yang baru sahaja keluar daripada rumah Eric.

Pintu rumah Eric ditutup dengan kemas.

"Jadi ke ni?!"Teruja Alif.

"Emm.."Aku mengangguk dari halaman rumah Eric.

Pintu pagar kecil rumah Eric dibuka.

Aku berjalan keluar menuju ke rumah sebelah iaitu rumah Alif.

"Tunggu situ..saya bawa keluar kereta dulu.." Alif kegembiraan bergegas masuk ke dalam kereta BMW-nya.

Aku menunggu di luar.

Sejurus keretanya dikeluarkan dari halaman rumahnya.

Aku terus masuk ke dalam perut kereta Alif.

Tali pinggang keselamatan dipakai.

"Yeay! Jambu manis keluar dating dengan saya!"Sorak Alif sambil mula memandu.

"Eh eh kau..agak-agaklah nak dating dengan kau..aku keluar pun atas ugutan kau ya."Aku memandang Alif dengan pandangan tajam.

"Hehehe..alarr tak payahlah cakap macam tu..tak best-lah nanti nak jalan-jalan"Balas Alif sambil menggaru-garu kepalanya.

"Kita nak pergi mana ni?"Tanya aku padanya bosan.

"Boleh tak kalau saya nak pergi..."Alif memandangku dengan pandangan jahat.

Aku memandangnya pelik.

Dah kenapa dengan mamat ni?

Pandang aku macam nak..

Jangan-jangan!

"Kauuu! Jangan macam-macam ekk! Kau nak bawa aku pergi mana ni?!"Aku menjarakkan diri daripada Alif.

Alif memberhentikan keretanya disebabkan lampu isyarat bertukar warna merah.

"...ke hati awak."Alif tersenyum manis memandang aku.

"Bangang!"Aku menumbuk bahu Alif.

"Aduh!"Alif ketawa terbahak-bahak.

***

Kami berada di Harbour Mall.

"Awak nak makan ais krim tak??"Tanya Alif padaku sejurus kedai ais krim kelihatan.

"Boleh juga."Aku mengangguk.

"Okey! Saya belikan. Awak nak ais krim apa?"Tanya Alif sejurus sampai ke kedai ais krim.

"Hmm.."Aku meletakkan jari telunjukku di bawah dagu sambil memandang menu-menu ais krim yang ada di situ.

Alif menunggu pesanan aku.

"Chocolate Chip."Beritahu aku pada Alif sambil tersenyum.

"Okey..kejap ek."Alif bergegas ke kaunter.

"Vanila Oreo dengan Chocolate Chip satu ye"Alif mula membuat pesanan.

Selang beberapa minit, Alif datang membawa dua kon ais krim.

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now