10💋

13.5K 431 28
                                    

Aku sedang cuba untuk melelapkan mata di atas katil.

"Ting!" Bunyi notifikasi mesej whatsaap masuk.

Aku mengeluarkan telefonku dari dalam poket seluar sambil mata tertutup.

Mataku dibuka perlahan-lahan untuk melihat siapakah yang mesej aku.

Bos
Jgn tidur! Kemas brg kau lpastu kemas rumah..jgn nk mkn gaji buta je..😒

Aku terbeliak lalu bingkas bangun dari katilku.

"Weii! Dia letak CCTV ke apa dalam bilik ni? Macam mana dia boleh tahu ni?"Gumam aku seorang diri sambil mataku meliar-liar mencari kamera-kamera yang tersembunyi.

"Ting!" Bunyi notifikasi muncul lagi.

Bos
Tggu apa lgi?! Kemas cpt brg kau!

Aku memandang mesej daripada Eric dengan mimik wajah pelik.

Mulutku diketap rapat.

"Dia ni kan!"Aku menekan-nekan pad kekunci pada skrin telefonku lagi. Sesekali aku memadamkan semula disebabkan tersalah ejaan.

"Kau pahal?! Aku tahulah! Sibuk je! Pergi mampos!" Taip aku pada kotak menaip. Hantar?














Kau gila nak taip macam tu?!

"Ok bos.."Aku membalas mesej whatsaap Eric.

Aku membuka info profil whatsaap Eric.

Aku menjeling gambar profilnya yang sedang memakai baju seragam tentera lengkap dengan berlatarkan kereta kebal.

"Kau tak layak aku letak nama bos..tapi kau layak aku letak nama ni.."Aku menekan-nekan skrin telefon.

"Mamat Poyo" Aku mengedit nama panggilannya.

Aku tergelak kecil.

"Hah! Ni baru sesuai!"Aku tersenyum jahat.

"Ting!" Mesej whatsaap masuk.

Mamat Poyo
Bagus!👍 Nnti aku paste peraturan2 yg aku buat smlam.

Aku menjeling sebelum aku membaling telefonku di atas tilam.

Malas aku nak layan. Bagus aku kemas barang-barang aku.

***

Peraturan Pertama
Pastikan kau bangun awal daripada aku. Jangan sampai aku bangun awal daripada kau.

Peraturan Kedua
Jangan curi tulang! Buat kerja biar lambat asalkan kemas dan jangan masuk bilik kau selagi tak habis masa bekerja kau iaitu daripada pukul 7 pagi sehinggalah pukul 10 malam.

Peraturan Ketiga
Jangan sentuh telefon kecuali jika aku yang call atau mesej. Selain daripada tu jangan harap!

Peraturan Keempat
Aku nak kau masakkan aku sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Tapi kalau tiba-tiba lewat malam aku lapar. Itupun kau kena masakkan.

Peraturan Kelima
Basuh baju aku elok-elok. Jangan campurkan dengan baju warna putih. Keringkan baju aku elok-elok. Tak payah rajin-rajin nak seterika. Biar aku yang seterika sendiri.

Peraturan Keenam
Cuti kau hanya pada hari Ahad. Tapi tak bermakna aku takkan suruh kau buat kerja.

Peraturan Ketujuh
Jangan sentuh barang-barang aku dan jangan nak rajin sangat masuk bilik aku sebab nak kemas. Tak payah pandai-pandai. Bilik aku biar aku yang kemas.

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now