11💕

2.5K 98 19
                                    

Aku membuka pintu kereta.

"Eh..Hubby nak air apa?" Tanya aku pada Eric yang sedang membetulkan kekemasan rambutnya di cermin kereta.

"Air apa ek?" Dia memandang nakal.

Matanya melirik ke arah punggungku.

Eii mamat ni! Mengatal je kerja dia.

"Cepatlah!" Aku mendesis malu.

"Nak air sayang boleh?" Dia mengelip-kelipkan kelopak matanya acah comel.

"Ko ni kan!" Aku mencubit pinggangnya.

"Aduh aduhh bukan..salah-salah..MACAM..Hubby cakap nak air sama MACAM sayang..tu maksud hubby." Eric mengusap pinggangnya kesakitan.

"Hah main-main lagi!" Aku bangun dari tempat duduk penumpang dan beredar meninggalkan Eric yang berada di dalam kereta.

Aku berjalan masuk menuju ke 7 Eleven.

Mesti korang ingat aku nak pergi cafe hipster yang aku selalu pergi tu kan?

No!

Selagi mamat psycho tu tak kena tangkap selagi tu aku kena berhati-hati.

Hmm nasiblah Eric dah ingat balik.

Walaupun ingatan dia tak seberapa as  long as dia ingat yang aku dan dia ada hubungan yang istimewa.

Itu dah memadai untuk buat aku lega.

"Tikk!" Mesin pengimbas di kaunter pembayaran berbunyi.

2 botol kaca starbuck diambil oleh aku dan aku berjalan keluar dari kedai.

Apa?? ingat aku nak boikot favorite drink aku??? Of Course Noooo!
Aku turun ke bahu jalan untuk melintas

Aku memandang Eric yang sedang melambai kecil di dalam kereta.

Aku tersenyum.

Tiba-tiba!

Sebuah van brek mengejut betul-betul di hadapan aku.

Aku terkedu.

Bunyi botol kaca pecah kedengaran.

Pintu van dibuka dan penglihatan aku menjadi gelap dengan serta merta.

Muka ku ditutup dengan guni? Mungkin.

Dan bau guni tersebut membuatkan aku ingin melelapkan mata.

Mataku terasa berat. Betul-betul berat!

Aku tidak mampu melawan.

Eric terasa pelik.

Kenapa van tersebut berhenti di hadapan aku.

Dia mulai kerisauan lalu membuka pintu untuk keluar dari perut kereta.

Van tersebut beredar pergi.

Kelihatan aku yang tadinya tersenyum hilang dari pandangan dan hanya 2 botol kaca yang pecah berada di bahu jalan.

"Woiiii!" Eric kelam kabut mengejar van tersebut tetapi tidak mampu.

Eric cuba melihat no plat van misteri tersebut tetapi gagal kerana ditutupi oleh kotak hitam.

Eric mengenggam penumbuknya.

Tangannya meraba poket.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Saitan! Siapa lahanat yang culik sayang aku ni!" Eric mengetik-ketik telefon bimbitnya.

"Hello polis! Member saya kena culik!"

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now