1💋

36.7K 719 51
                                    

P.O.V Amir

"Wahh!! Cantiknya rumah ni! Besarnya!!"Aku melompat kecil kegembiraan.

Aku sudahpun terpacak di hadapan rumah banglo mewah dua tingkat ini tepat pukul 7.00 pagi.

Majikan aku kata kena datang secepat yang mungkin sebab katanya nak pergi kerja.

Pintu pagar automatik terbuka dengan sendirinya.

Wahh! Mungkin dia tahu kot aku dah sampai!

Aku menilik pakaian dan seluar aku. Takut-takut ada kekotoran ke. Tak pasal-pasal kena suruh balik kang.

Aku mengenakan baju t-shirt berwarna biru di dalam manakala sweater sejuk berhud warna hitam di luar berserta seluar jean warna hitam.

Aku pun berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut.

Aku meluru dan berdiri di hadapan pintu rumah banglo tersebut.

Pintu hendak dibuka oleh seseorang.

Mungkinkah dia ialah majikan aku?

Aku menunduk ke bawah.

Daun pintu dibuka.

Sosok tubuh lelaki tegap berpakaian seragam tentera lengkap berdiri di hadapan aku.

Aku yang menunduk dari tadi melirikkan pandangan daripada kasut butnya, menuju ke seluar tenteranya, menuju ke baju seragam dia yang kemas dan hinggalah ke wajahnya.

Wajahnya yang serius menyapa aku.

Mataku terbuntang melihat lelaki tersebut.

"Aku kenal dia ni! No way! Aku nak balik!"Jerit suara hati aku.

"Sorry..salah rumah!" Aku cepat-cepat memaling ke belakang untuk cabut lari daripada situ.

Malangnya, dia menarik hud sweater sejuk aku cuba untuk tidak benarkan aku pergi daripada situ.

"Eii! Lepaslah!"Aku meronta supaya dia melepaskan aku.

"Kau ingat aku tak kenal kau siapa?"Lelaki tersebut bersuara.

"Tak kot.."Aku menjawab sambil tertawa palsu kemudian cuba sekali lagi untuk melepaskan diri.

"Jangan ingat kau boleh pergi mana-mana.."Lelaki itu menarik kuat hud sweater sejuk aku yang membuatkan aku terdorong ke dalam pelukannya.

Aku terkaku membeku di dalam pelukannya.

Tubuhku dipalingkan menatap ke arah wajahnya.

"Kau dah buat kontrak 1 tahun dengan aku atas talian semalam.."Bisik dia kepada aku sambil memandang tepat ke arah anak mata aku.

"Aku nak batalkan!"Tegas aku padanya.

"Tak boleh.."Balas dia ringkas.

"Asal pulak?! Aku tak kira! Aku tak nak jadi maid kau walau macam mana sekali pun!"Aku cuba melepaskan diri dari pelukan dia.

"Selagi tak cukup 1 tahun kontrak dari sekarang..selagi tu..kau akan berada dalam genggaman aku."Balas dia sambil tersenyum nakal menampakkan gigi taringnya.

Serius doo. Macam dia nak makan aku je bila tengok dia macam tu.

Eee seram!!

"Melainkan.."Sambung dia lagi.

"Melainkan apa?!"Gumam aku di dalam hati.

Aku sanggup buat apa-apa sahaja asalkan kontrak maid aku dengan dia dibatalkan!

APA-APA SAHAJA!

"..kau sanggup bayar ganti rugi sebanyak 4 kali ganda?"Dia tersenyum nakal sambil mendekatkan wajahnya sedekat yang boleh.

Aku dapat rasakan deruan nafasnya di permukaan kulit pipi aku.

Jangan risau guys! Nafas dia wangi gilerrr..

Aku menelan air liur.

Tak mungkin aku dapat bayar ganti rugi sebanyak tu!

Huwaaaa T-T

Korang mesti pelikkan?

Kenapa aku tak suka betul dia?

Kenapa aku nak lari dari dia macam rusa dikejar harimau?

Ceritanya macam ni...

Bersambung...

Author Noted

Ini ialah cerita pertama GAY author..jadi author harap cerita ni dapat menambat hati para pembaca yang dahagakan cerita genre macam ni..

Author bukan apa..tak habis-habis author baca cerita gay tentang asrama..sekolah..sambung belajar..macam tak ada kelainan..cliche sangat!

Jadi author cuba untuk buat lain dari yang lain..

faham kan??

Apa-apa pun..

Author akan sambung buat cerita ni kalau korang berminat..

Kalau tak berminat..author mungkin akan stop kat sini sampailah ada yang minat.. ngehehehe..

Please vote and comment!

psstt..btw jemput baca diary author ye..korang boleh follow up kegiatan harian author kat situ!!

korang boleh follow up kegiatan harian author kat situ!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now