26❓

13.5K 465 147
                                    

"Hari ni mesti dia balik! Aku kena kemas rumah cantik-cantik! Masak sedap-sedap!"Teruja aku sambil mengemop lantai di tingkat atas.

Hari ni genap 2 bulan kepergiaan Eric.

Aku tak sabar untuk menunggu kehadirannya pulang ke rumah.

Sebab tu aku kemas rumah cantik-cantik dan masak beberapa hidangan yang enak.

Aku dah belajar pelbagai jenis aneka masakan sepanjang tempoh 2 bulan menunggu Eric.

Aku rasa aku dah boleh jadi chef kot hehe.

Aku mengantungkan belon-belon di hadapan pintu rumah serta menghias rumah untuk menyambut kepulangannya.

"Tak sabarnya!!"Aku duduk di atas sofa sambil mengenggam kedua belah tanganku tidak sabar.

Aku tersenyum riang.

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang.

Aku menunggu Eric.

Aku memandang ke arah pintu sambil tersenyum.

Tak lama lagi dia baliklah tu.

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi dapur sambil senyuman masih terukir di wajahku.

Aku masih menunggu kepulangan.

Mungkin tak lama lagi kot dia balik.

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.

Aku masih menunggunya.

Mataku masih memandang ke arah pintu rumah.

Mungkin esok kot?

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi.

Aku tertidur di atas sofa.

Akibat menunggu kepulangannya, aku terlena.

Keesokannya, aku masih menunggunya.

Aku memasak hidangan enak yang baru dek kerana masakan aku semalam sudahpun basi.

Aku memandang ke arah masakan aku.

Bangga dengan diri aku sendiri melihat aku begitu bekerja keras untuk buat yang terbaik untuknya.

Aku harap Eric dapat lihat penambahbaikan ini.

Tapi sayang, dia masih tidak pulang.

Keesokannya juga, aku masih menunggunya seperti biasa.

Aku mengukirkan senyuman.

Tapi senyuman tersebut kian meluntur.

Eric masih tidak pulang.

Begitu juga keesokannya dan keesokannya. Aku masih menunggu.

***

Setiap detik aku termenung..

Setiap waktu aku mengira..

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now