Tya menangis semahu-mahunya. Syiqin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu mahu pujuk macam mana. Tiada ribut, tiada angin, masuk sahaja ke dalam bilik Tya. Tya tengok muka dia. Terus terburai tangisan sahabatnya itu. Tak tahu nak cakap apa. Sudahnya, dia hanya menepuk lembut bahu Tya menenangkan wanita itu.
Tya angkat muka memandang Syiqin. Mulutnya ingin mengatakan sesuatu tetapi sebaik sahaja melihat muka Syiqin, tangisnya makin menjadi. Berkerut dahi Syiqin. Menakutkan sangat ke muka dia sampai Tya tengok je nangis.
"Betul kau cakap," ucap Tya dengan muka yang tertutup dengan tangannya.
Hah? Betul ke muka dia menakutkan. Rasanya tadi dia cuma bermonolog dalam hati. Sejak bila pula Tya ada kuasa boleh baca suara hati ni.
Syiqin buat muka blur. Sedari tadi dia cuma diam je. Kenapa bagi ayat penyata yang buat otak jam. Kepala digaru. Entah apa rupa tudung bawal satin yang dia pakai sekarang. Dari tadi asyik menggaru kepala je.
Terdengar bunyi pintu dikuak. Syiqin menoleh. Muncul Hanim bersama dulang berisi dua cawan kopi di tangan. Berkerut dahi Hanim melihat keadaan Tya. Syiqin perasan riak pelik pada wajah Hanim. Dia sengih sahaja. Jari telunjuk diletakkan di bibir sebagai isyarat. Terangguk-angguk Hanim faham situasi yang sedang berlaku. Mungkin bosnya sedang melakukan sesi luahan perasaan. Dia kenal Syiqin, kawan baik Tya. Rasanya bukan dia sahaja yang kenal, seluruh staf Medina Holdings pun kenal siapa Syiqin. Selalu juga wanita berbadan kecil ini datang melawat Tya, tapi itu pun atas arahan Tya.
"Kunci pintu," arah Syiqin saat Hanim memusingkan badan untuk keluar. Hanim menurut.
"Siapa tadi?" soal Tya. Tidak perasan siapa yang masuk kerana dia menundukkan kepala. Tak nak stafnya nampak mata dia yang dah serupa panda kena tumbuk. Dia yakin, mekap di wajahnya sudah luntur. Mungkin kalau Mak Lampir tengok, Mak Lampir pun menjerit.
"Hanim."
Tya mengangguk faham dan sambung menangis semula. Syiqin menggeleng. Entah bila sahabatnya ini nak berhenti. Cawan berisi kopi di atas meja dicapai dan dihirup perlahan. Panas. Ditiup permukaan air itu dan hirup lagi masuk ke dalam mulut.
"Nadzhan dah tahu hubungan aku dengan Tauqif."
Syqin diam. Tiada riak terkejut pada wajahnya. Baru dia faham maksud Tya sebelum ini. Sudah dia agak, lambat laun Nadzhan akan tahu juga. Cuma cepat atau lambat sahaja. Dia merapatkan bahunya dengan Tya. Tya melentokkan kepala di bahu Syiqin seperti biasa.
"Luahkan semuanya. Aku tahu banyak yang kau pendam. Aku sedia dengar dan bagi nasihat sebagai seorang sahabat."
Tersedu-sedu Tya menahan pedih di hati. Hingus yang hampir meleleh dikesat dengan hujung baju. Redha sahaja Syiqin yang melihat. Nak tolong capai tisu di atas meja, tangan dia tak cukup panjang.
"Dia tak contact aku langsung, chat jauh sekali. Terus menyepi. Tak bagi peluang untuk aku jelaskan perkara sebenar. Besar sangat ke kesalahan aku sampai dia hukum aku macam ni. At least tanya la kenapa aku aku rahsiakan dari dia. Ni tak, terus jump to conclusion."
Syiqin mengusap lembut bahu Tya. Anak rambut Tya yang jatuh diselak dan disisipkan pada telinga.
"Ego lelaki Tya, tambah pula dia suami kau. Mestilah dia marah. Rasa tercabar walaupun dengan kisah silam kau."
"Tapi aku dah tak ada apa-apa dengan Tauqif. Perasaan aku untuk Tauqif dah lama mati. Aku redha dia bukan jodoh aku. Bukan macam dia yang masih kejar cinta lama."
"Dia buat hal aku tak ada pun hukum dia macam ni. Aku biar je dia buat apa dia suka. Siap sokong lagi," tambah Tya.
"Betul ke kau sokong? Bukan kau pun tengah dalam mood memberontak ke?" provoke Syiqin. Mengingatkan Tya kot la kalau kawan dia terlupa. Tidur rumah dia, tak balas chat Nadzhan. Sokong apa?
YOU ARE READING
KERANA DIA
Não FicçãoTya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah. "Kalau I suruh you buat pilihan sekarang ni, of course you akan pilih Ain kan?" soal Tya hanya unt...