BAB 3

1.5K 36 2
                                    

Nadzhan menuruni anak tangga satu persatu dengan berhati-hati. Tekaknya terasa haus tiba-tiba. Hendak minta Tya buatkan air, rasa tak patut pula sebab Tya sedang menyusukan Raid tambahan, rajuk Tya masih belum hilang. Hendak tidur sekatil pun dia sudah bersyukur. Nak tak nak terpaksalah Nadzhan turun ke dapur sendiri untuk membasahkan tekaknya.

Dua tahun menjadi menantu tunggal dalam Teratak Bonda itu menyebabkan dia tidak berasa kekok hendak melakukan apa-apa sahaja di dalam rumah itu.

Nadzhan menuju ke dapur dan pintu peti ais dibuka. Sekotak air susu Dutch Lady low fat dicapai. Susu itu memang sentiasa ada stock di dalam peti ais milik keluarga mentuanya walaupun bonda mertuanya tidak minum susu kerana susu itu susu kegemaran dia dan Tya. Dia menuju ke arah kabinet yang menempatkan gelas pula dan dia menuang susu tadi ke dalam gelas. Sesudah menyimpan susu ke dalam peti ais, Nadzhan membawa gelas yang berisi air ke luar rumah. Dia menapak ke arah meja kopi yang terletak di tepi kolam ikan. Handphone di dalam poket seluar dikeluarkan dan dia mula mencari laman whatsapp.

Datin Sri Warda keluar dari bilik tidurnya, tekaknya terasa kering tiba-tiba. Saat hendak ke dapur, dia terpandang pintu utama yang terbuka sedikit.

"Siapa pula yang keluar malam-malam ni," monolog Datin Sri Warda.

Dia langsung terlupa akan tekaknya yang haus. Langkah kaki diatur ke arah pintu. Takut juga dia kalau-kalau ada perompak yang masuk. Datin Sri Warda menjengukkan kepala ke luar rumah dan saat itu dia terlihat menantunya sedang duduk bersantai di luar.

"Nadz," jerit Datin Sri Warda. Takut juga dia kalau-kalau entity yang dilihat itu bukan menantunya tetapi lembaga yang menyerupai menantunya.

"Ye bonda," jawab Nadzhan. Datin Sri Warda senyum seraya menyarungkan selipar dan mengatur langkah untuk turut bersama menantunya menghirup angin malam.

"Boleh bonda join?"

"Apa tak boleh pula. Duduk la," pelawa Nadzhan sambil menguntum air susu di dalam gelas.

Datin Warda tersenyum. Dia mengambil tempat di hadapan Nadzhan. Nadzhan menyimpan semula handphonenya ke dalam poket seluar track-suitnya. Tidak mahu tertangkap bermain whatsapp dengan Ain di hadapan bonda. Datin Sri Wardah hanya melihat sahaja tingkah menantunya tanpa mempersoalkan apa-apa.

"Buat apa kat luar ni?" soal Datin Sri Warda. Sesekali dia menggaru betisnya yang terasa gatal akibat digigit nyamuk.

"Saja je bonda nak ambil angin malam sambil minum susu ni," Nadzhan menunjuk ke arah susu di dalam gelas yang sudah tinggal suku itu. Datin Sri Wardah mengangguk.

"Tya dah tido?"

"Belum. Dia tengah susukan Raid tadi."

Datin Sri Warda mengangguk lagi. Lagaknya seperti ada sesuatu yang dia ingin katakan tetapi dia tidak tahu hendak menyuarakan soalan itu bagaimana.

"Bonda ada nak tanya Nadz apa-apa ke?" soal Nadzhan lembut apa melihat bonda mertuanya seperti ingin bertanya sesuatu.

Datin Sri Wardah memandang menantunya dengan kening sebelah terangkat. Nampak sangat ke sikap ingin tahu dia sampaikan menantunya tanya soalan begitu. Tapi dah alang-alang ditanya, tidak perlu lagi dia memikirkan ayat untuk dirangka.

"Emm... bonda nak tanya sikit sebenarnya tapi Nadz jangan salah faham. Bonda tanya sebab nak tahu je. Jangan pula Nadz fikir bonda nak masuk campur urusan rumah tangga Nadz."

Nadzhan mengangguk faham.

"Nadz dengan Tya ada masalah ke?"

Nadzhan diam. Ikan koi yang sedang berenang di dalam kolam diperhatikan. Dia melepaskan satu keluhan kecil. Pasti saja bonda mertuanya dapat menghidu masalah yang melanda rumah tangganya cuma dia tidak tahu sejauh mana yang wanita itu tahu.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now