BAB 15

1.8K 29 0
                                    

Tauqif bermain-main dengan pennya. Sejak pengakuan babanya tempoh hari, hidup Tauqif tidak tenteram. Rasa bersalah terhadap Tya sering membelengu jiwanya. Segala tohmahan yang dilontar dan khabar angin berkaitan Tya sering menghantuinya. Tauqif rasa kepalanya sangat serabut dan terbeban. Andai sahaja baba tidak masuk campur dalam urusan cintanya, mungkin dia kini berada di tempat Nadzhan, bahagia disampai insan yang dicinta.

"Tya, Tya. Kenapa you tak pernah cerita benda betul pada I?"

Tauqif menggeleng seraya meraup rambutnya ke belakang. Foto Tya yang sentiasa terselit di dalam diary peribadinya dicapai dan dibawa ke dalam dakapannya. Sungguh, dia rindukan Tya. Dia rindu pada semua kenangan indah mereka dahulu.

Disaat Tauqif sedang hanyut dibuai perasaan, pintu biliknya diketuk seseorang. Cepat tangan Tauqif menyimpan semula foto Tya ke dalam diary dan diary itu disimpan di dalam laci.

"Masuk," arah Tauqif.

Arisya, pembantu peribadi Tauqif masuk sambil membawa buku catatan tebal berwarna hitam di tangan.

"Maaf mengganggu Tuan Syed tapi hari ni Tuan Syed ada lunch dengan COO A&D Holding, Daniel Irham."

"Oh ya, saya hampir terlupa tentang lunch tu. Thanks ya Isya."

Arisya menganggukkan kepalanya bersama senyuman

"Lagi satu Tuan Syed, tadi cik Nayli call. Dia tanya kenapa Tuan Syed tak jawab call dia dan dia suruh Tuan Syed call dia semula."

"Ok thanks Arisya for the information.Awak boleh keluar."

Arisya menurut kata, dia terus memusingkan badan dan berlalu ke arah pintu. Tauqif menghantar pemergian Arisya melalui lirikan matanya. iPhone di atas meja dikerling sekilas. Nayli Armani. Model yang baru mencipta nama dan anak kepada salah seorang kenalan baba pastinya. Tauqif menghela nafas panjang. Tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan untuk mengikut telunjuk babanya kali ini. Mungkinkah nasib Nayli akan sama seperti Amira? Dia sendiri tidak tahu bagaimana pengakhirannya.

Pasti Nayli risau kerana dia tidak bertanya khabar sejak kali terakhir mereka bertemu. Sejujurnya, Tauqif tidak mahu ada hubungan dengan Nayli kerana rasa bersalahnya pada Amira masih ada. Rasa dirinya sangat tidak professional apabila menghilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tapi dia juga tidak tahu bagaimana caranya untuk berhubung dengan Amira. Puas dia menelefon wanita itu namun nombor yang biasa Amira gunakan sudah tidak ada dalam perkhidmatan. Nak kata tak topup, takkan orang kaya tak ada duit nak beli topup. Amira bukan calang-calang orang. Melainkan wanita itu sengaja tamatkan perkhidmatan talian yang digunakan. Tapi untuk apa?

Ada juga dia ke rumah Amira tapi bila ditanya pada guard yang menjaga rumah itu, katanya Amira tiada. Runsing Tauqif, tidak tahu bagaimana lagi cara untuk dia berhubung dengan Amira. Telefon Raja Amirul, panggilannya dibiarkan tidak berjawab. Dia sendiri tidak tahu kenapa Raja Amirul tiba-tiba bersikap dingin dengannya. Malas nak berteka-teki lagi, Tauqif bangun dari duduknya. Kot yang tergantung di standing hook dicapai dan disarungkan pada badan.

***

"Pa, sampai bila papa nak kurung Mira macam ni? Dia kena keluar pa. Benda ni tak sihat untuk dia," tanya Daniel sambil mata memandang Amira yang sedang berteleku di hujung katil. Kasihan dia melihat adiknya yang sudah tidak serupa manusia normal itu.

Raja Amirul menggeleng tidak setuju dengan kata anak sulungnya. Bukan dia nak kurung Amira tapi dia terpaksa buat begitu. Jika tidak, anaknya ingin keluar dan berjumpa Tauqif. Raja Amirul tidak akan benarkan benda itu berlaku. Biarlah Amira terseksa dikurung daripada berjumpa dengan anak lelaki Syed Achbar itu.

"Papa malu Niel. Papa malu dengan apa yang Syed Achbar buat pada papa. Maruah papa dia pijak macam tu je. Papa tak akan benarkan Mira jumpa anak dia lagi. Cukup la dengan apa yang dia dah buat pada Mira."

KERANA DIAWhere stories live. Discover now