BAB 11

1.1K 19 3
                                    

Menggigil tangan Nadzhan membaca mesej yang baru diterima. Dia menggesek jari ke bawah. Berdetak hebat jantungnya melihat gambar-gambar yang terpapar. Berombak-ombak dadanya menahan marah.

Hilang Tya yang manja di depan mata. Yang ada di bayangannya kita hanya Tya yang curang. Senyuman yang terukir sebentar tadi terus lesap. Sangkanya Tya membalas mesejnya rupanya tekaan dia salah.

Penat duduk di dalam kereta selama hampir tiga jam tidak terasa lagi. Nombor seseorang didail. Ada perhitungan hendak dibuat. Kalau sebelum ini dia ragu-ragu namun sekarang dia yakin. Nadzhan nekad.

Tiga kali deringan, panggilannya dijawab. Kedengaran ceria suara Tauqif dihujung talian menyapa.

"Apa hubungan kau dengan isteri aku?"

Tiada salam seperti biasa. Tauqif di hujung talian menelan liur. Wajahnya turut berubah warna.

"Bro kenapa ni."

"Kau tak payah nak jadi macam Tya la. Ingat aku bodoh sangat ke? Dah cukup la lakonan korang. Aku dah penat la."

"Bro, sabar bro. Benda boleh bawak bincang. Kita setel elok-elok. Kau dekat mana, aku jumpa."

Kedengaran tawa sinis Nadzhan. Tak sangka Tauqif masih berani hendak bersemuka.

"Kalau aku ada dekat KL, tak perlu aku call kau. Sebelum kau minta aku dah sampai depan muka kau."

Tauqif diam. Marah betul Nadzhan dengannya.

"Aku lelaki pertama dalam hidup Tya sebelum kau."

Talian putus. Tauqif memandang iPhone di tangan. Pelik. Ayatnya belum habis lagi. Galau hatinya memikirkan keadaan Tya. Takut juga kalau-kalau Tya terkena tempias akibat dari kata-katanya tadi. Langkah diatur menuju ke Medina Holdings.

"Puan, ada orang nak jumpa."

Dahi Tya berkerut. Dikeling jam di pergelangan tangan. Hampir menunjuk ke angka empat.

"Siapa."

Belum habis dia bertanya, pintunya dirempuh. Bangun terus Tya dari duduk apabila wajah Tauqif terpacul. Hanim di belakang sudah menunduk. Takut dimarahi Tya kerana tidak halang lelaki itu dari masuk.

"Maaf puan, saya dah halang tapi..,"

"Tak pe Hanim. Awak boleh keluar. Kali ni kunci pintu sekali, saya tak nak ada gangguan."

Hanim mengangguk.

Sebaik sahaja Hanim keluar, Tauqif terus menapak menuju ke arahnya.

"Nadzhan ada contact you?"

"None of your business Tauqif."

Tauqif berdecit.

"I tahu tapi I rasa Nadzhan dah salah faham dengan kita."

Dahi Tya berkerut. Apa maksud Tauqif? Dia mula memasang minat hendak tahu tujuan Tauqif datang ke pajabatnya.

"You datang sini kenapa?"

Tya memberi arahan supaya Tauqif duduk di sofa yang sedia ada. Dia turut melangkah keluar dari kawasan mejanya menuju ke arah Tauqif. Mereka duduk bertentangan.

"Nadzhan call I. Marah-marah tanya tentang hubungan kita."

Buntang mata Tya. Mukanya mula cuak.

"You jawab apa?"

"I cakap I wujud sebelum dia."

Tya bungkam. Dia menopang kepalanya dengan tangan. Rambut yang jatuh menutupi sebahagian mukanya dibiarkan.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now