Tya memandang cermin besar di hadapannya. Dia masih dengan bathrobe pinknya. Masih memikirkan keputusan untuk menemani Nadzhan atau tidak.
"Sayang tak siap lagi ke?" tegur Nadzhan dari belakang yang sudah separuh siap.
Tya tidak menoleh sebaliknya hanya melihat melalui pantulan imej di cermin sahaja. Dia mencuba nasib.
"Kalau tiba-tiba I ubah fikiran aci tak?"
Nampak kecewa muka Nadzhan.
"Jangan la macam ni. I ada surprise tau untuk you. Kalau you tak ikut tak jadi la surprise I tu."
Okay, kata-kata Nadzhan itu semakin merisaukan hatinya. Entah mengapa hari ini dia rasa semacam. Dia macam ada sixth sense yang menyatakan sesuatu akan berlaku hari ni. Orang cakap biasanya sixth sense ni biasa betul tapi peratus untuk betul tu 50/50 la. Tya menghela nafas panjang melihat Nadzhan yang sudah seperti anak kecil yang merayu minta ais krim padanya.
"You keluar la dulu. Macam mana I nak bersiap kalau you tercongok dekat sini," marah Tya. Marah-marah manja kata orang.
Nadzhan tersenyum. Terus langkah kaki diatur menghampiri isteri. Wajah kacaknya dilabuhkan di bahu si isteri bersama senyuman nakal. Pinggang isterinya dirangkul sehingga Tya mengelak kerana terasa geli dengan lingkaran tangan suaminya di pinggangnya itu.
"Tukar je la. Bukan tak biasa."
Merona merah wajah Tya. Terus ditolak tubuh suaminya keluar dari walk-in closet mereka. Tergelak besar Nadzhan di luar. Tya menyandarkan tubuhnya pada pintu sliding yang menjadi penghubung antara dia dan Nadzhan di luar.
"You jangan gatal-gatal nak masuk eh. You masuk I tak ikut," amaran Tya dan terus berlalu ke arah yang menempatkan koleksi pakaiannya.
Dia menyelak baju-baju berjenama yang tergantung satu persatu. Semua sudah dipakai menghadiri jamuan. Tya bersandar pada meja yang berada di tengah-tengah walk-in wardrobe itu. Dia termenung memikirkan baju apa yang harus dipakai. Selalunya, setiap kali ada jemputan dia akan pergi ke mana-mana bukit terkenal untuk menyewa baju tetapi kali ini dia tidak sempat melakukan semua itu kerana Nadzhan beritahu last minutes sangat.
"Sayang cepat la. Apa lama sangat bersiap tu," jerit Nadzhan dari luar.
Tya berdecit. Tidak disahut jeritan suaminya sebaliknya tangan masih lagi dok menyelak baju-baju yang perlu dipakai.
Disebabkan lama menunggu, Nadzhan menolak pintu sliding dan terkejut beruk dia melihat isterinya masih dengan bathrobe pink di badan.
"Kenapa tak siap lagi ni?"
Tya menoleh Nadzhan yang sudah kemas bersuit sambil mengendong si montel Raid.
"Tak tahu nak pakai apa. Semua dah pernah pakai," adu Tya sedih. Mengucap Nadzhan dibuatnya. Sindrome diva isterinya dah datang nampaknya. Dia tidak faham kenapa perempuan selalu bersikap begini. Berdosakah pakai pakaian yang sama berulang kali untuk pergi ke majlis besar? Tetapi, nasib baik Nadzhan dah ramal segala apa yang bakal berlaku. Dia terus pergi ke bahagian bajunya dan menarik keluar sehelai dress merah berkonsepkan Greek Goddess berlace hitam hasil rekaan Alia Bastamam.
Melopong mulut Tya melihat pakaian di tangan suaminya itu. Lantas diragut pakaian itu dan ditilik penuh kagum.
"Cantiknya."
Nadzhan menyongketkan bahunya beserta muka kagumnya itu.
"I tunggu dekat bawah dulu. Cepat sikit okay. Kita dah lambat ni."
Tya mengangguk dan dengan cepat dia bersiap. Masa yang diambil tidak terlalu lama kerana solekan sudah dioles di wajah bujur sirihnya dan rambutnya juga sudah di dandan. Paco Rabanne disembur di pakaiannya supaya mewujudkan bau yang menengkan.
YOU ARE READING
KERANA DIA
Non-FictionTya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah. "Kalau I suruh you buat pilihan sekarang ni, of course you akan pilih Ain kan?" soal Tya hanya unt...