BAB 19

2K 55 30
                                    

"Eh, Nadz. Kan tadi ummi dah cakap jangan risau pasal Raid. Nadz jaga je Tya. She need you."

Nadzhan diam. Langkah kaki terus dihayun menuju ke katil anaknya. Raid tidak tidur ketika itu. Saat melihat sang ayah, terus riang si kecil. Tersenyum Nadzhan melihat keriangan Raid. Di angkat tubuh kecil itu ke dalam dakapannya.

"Tya tengah tidur ke Nadz?"tanya Datin Sri Wardah apabila dilihat menantunya tidak memberikan reaksi pada soalan besannya.

"Syiqin ada tadi teman dia. Tu yang Nadz keluar tengok Raid sekejap. Rindu. Sampai tadi tak sempat nak jenguk dia."

Datin Sri Wardah dan Tengku Alaina saling bertatapan. Entah apa yang difikirkan, tidak diketahui Nadzhan. Malas dia nak ambil tahu lagipun hak mereka hendak fikir apa pun tentang dia.

Pintu bilik dibuka dari luar dan muncul Tengku Nazri dengan wajah tegangnya saat matanya dengan mata Nadzhan bertembung.

"Buat apa dekat sini?"

"Takkan nak tengok anak sendiri pun tak boleh."

"Baru sekarang la nak berlagak macam bapa penyayang? Dua hari sebelum ni mana?"

Nadzhan merengus. Bengang betul dia dengan bapanya. Tak habis-habis lagi nak ungkit isu kehilangan dia. Bukannya dia sengaja. Lagipun dia dah beritahu pada Tya yang handphonenya habis bateri. Tapi isterinya itu tiada langsung usaha untuk menghubunginya. Tak faham betul dia kenapa semua nak kecam dia. Raid meletakkan kembali Raid dan tanpa pamit, dia terus keluar dari bilik.

"Tengok la tu, tengok. Tak ada adab langsung. Kalau ya pun nak jadi anak kurang ajar, takkan la sampai dengan mak metua pun nak kurang ajar."

Tengku Alaina mengurut dahinya. Pening betul dia dengan baran dua beranak itu. Dalam masa sayang sama, dia malu pada besannya.

"Saya minta maaf ya Adah."

"Hish, apa nak minta maaf pula. Bukan salah awak. Anak bapa bergaduh. Biasa la tu. Lagipun kita kan keluarga."

Tengku Alaina diam sahaja. Dalam hatinya, dia bersyukur sangat Allah hadirkan dia besan yang sangat memahami walaupun anak lelakinya sering menyakiti anak wanita itu.

🍋🍋🍋🍋🍋

Tauqif membantu Nayli bangun dari kerusi roda. Dia memapah wanita itu duduk di tempat menunggu.

"Thanks Qif tolong I."

Tauqif senyum seraya mengangguk. Dalam tidak rela dia membantu, apabila Nayli berbudi bahasa begini terus lembut hatinya. Dia melabuhkan punggung bersebelahan Nayli namun sebenar sahaja sebelum dia minta diri untuk ke tandas.

"Bro," sapa Tauqif saat berselisih dengan Nadzhan. Tangan dihulur untuk berjabat namun balasan yang di terima adalah sebuah tumbukan padu.

"Apa ni bro," soal Tauqif sambil meraba pipinya yang terasa sakit. Dah la baru lepas kena lempang dengan babanya, ni belum hilang rasa sakit dah kena tumbuk. Agak muka dia memang ada mirip-mirip punch bag ke apa.

"Hutang yang aku janji hari tu."

"Nadz. Benda boleh bincang elok-elok. Lagipun bukan salah aku atau Tya kalau kami ada hubungan. Itukan masa lalu kami."

"Oh, sebab dia sebahagian dari masa lalu kau. Kau boleh la menggatal dengan dia. Macam tu?"

"Bila masa pulak aku menggatal dengan isteri kau. Aku tahu dia bukan milik aku lagi. Aku sedar dia hak kau dan aku cuma nak berkawan je dengan dia. Salah ke?"

Nadzhan merengus marah. Jawapan Tauqif bagai mencurah minyak ke dalam api yang sedang membara. Kalau minyak masak boleh ampun lagi, ni minyak diesel terus.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now