Tauqif mencuci mata dengan melihat baju-baju yang dipamerkan di luar kedai sementara menunggu Amira yang pergi ke tandas.
Sibuk menilik, mata Tauqif terpandang Tya yang duduk berseorangnya di café seberang. Tanpa membuang masa, dia terus mengatur langkah ke arah Tya.
"Assalamualaikum," sapa Tauqif dari belakang. Tya menoleh dan buntang matanya. Terus dia bangun dari duduknya.
"You follow I eh?" tuduh Tya. Dia menoleh kiri kanan bagai mencari seseorang.
Laju Tauqif menggeleng.
"I ada date and then ternampak you. I tegur la."
"Tipu! Dah la Tauqif. Move on la, jangan ikut I lagi. Kita dah tak ada apa-apa tahu tak?"
"Eh, kenapa ni?" soal Syiqin yang baru pulang dari tandas.
Tya tidak menjawab soalan Syiqin sebaliknya menarik tangan Syiqin supaya keluar dari situ.
"Assalamualaikum."
Langkah Tya terhenti. Dia mendongak memandang pemilik suara. Air liur ditelan. Takut kalau Nadzhan ternampak drama yang berlaku tadi. Pucat terus mukanya. Memang tadi Nadzhan telefon untuk tanya keberadaan dirinya tapi tidak tahu pula dia yang suaminya akan muncul pada saat tegang begini.
Tauqif turut terkedu.
"Ada apa ni semua berdiri?" soal Tauqif dengan senyuman manisnya. Pinggang isterinya dirangkul dan tanpa malu dia mengucup dahi wanita kesayangannya itu. Keras tubuh Tya dapat dirasakan.
"Bro, tak sangka jumpa kau kat sini. Kebetulan betul," Tauqif memecahkan ketegangan yang berlaku.
Nadzhan senyum dan mereka bersalaman.
"Buat apa dekat sini?"
"Ada date pastu ternampak wife kau. Tu yang tegur tu."
Nadzhan mengangguk. Dia memandang Tya di sebelah yang diam sahaja. Saat itu, iPhone Tauqif berbunyi.
Selepas menjawab panggilan, Tauqif terus minta izin untuk pergi. Tinggallah dia, Tya dan Syiqin bertiga.
"Syiqin, you bawa kereta Tya balik boleh?"
Syiqin memandang Tya sebelum mengangguk perlahan. Tya memandang suaminya bersama kerutan di dahi.
"Why? I boleh bawa sendiri la. I dah okay dah."
"You balik dengan I," senada sahaja suara Nadzhan dan terus bangun dari duduknya.
Syiqin menyiku Tya. Dia menadah tangan seperti berdoa dan menyembur Tya. Lagaknya seperti sedang membaca jampi untuk sahabatnya itu. Tya mencubit pinggang Syiqin. Dia menyeluk handbag burberrynya dan menyerahkan kunci Audinya pada Syiqin.
"Drive baik-baik. Calar sikit je aku saman kau," Tya memberi amarah.
"Hello, ni professional driver tau. Lesen bukan lesen beli la," Syiqin menjawab. Sebenarnya mereka tidak serius pun, sekadar bergurau sahaja.
Nadzhan menoleh ke belakang apabila isterinya tiada di sisi. Melihat pandangan tajam Nadzhan, cepat Tya berlari ke arah suaminya.
"Ada apa-apa nak cakap?" soal Nadzhan pada Tya. Ketika itu, mereka sudah berada dalam kereta.
"Cakap apa?"
Nadzhan merengus. Bukan dia tak nampak apa yang berlaku semasa di café tadi. Walaupun tidak mendengar perbualan antara Tya dan Tauqif, namun Nadzhan tahu ada sesuatu yang tidak kena ketika itu.
"Betul ke kebetulan je tadi tu?"
Terasa berbahang hati Tya dengan soalan Nadzhan itu. Nadzhan curiga terhadap kesetiaan dia. Rasa kelakar sebab Nadzhan pun bermain kayu tiga di belakangnya.
YOU ARE READING
KERANA DIA
Kurgu OlmayanTya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah. "Kalau I suruh you buat pilihan sekarang ni, of course you akan pilih Ain kan?" soal Tya hanya unt...