BAB 2

1.8K 35 3
                                    

"Tu perempuan gatal tu kan?"

"Haah, muka dia sama macam dalam gambar ni. Betul la tu," kata-kata yang datang dari meja depan.

"Pakai tudung tapi layan suami orang. Entah apa-apa tah, baik jadi macam kita ni," ujar suatu suara lain pula yang datang dari seorang perempuan berpakaian seperti diva yang berjalan di hadapan mejanya.

Ain menunduk sahaja mendengar suara-suara halus berbaur sindiran itu. Jujur dia malu dan rasa ingin lari sahaja dari situ namun mengenangkan Nadzhan yang merayu untuk berjumpa, dia cekalkan hati. Sudah hampir seminggu dia terpaksa menelan kata-kata kesat dan cemuhan netizen gara-gara artikel yang memaparkan gambar Nadzhan mengelap sisa makanan di mulutnya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

"Nadzhan! Apa you buat ni?"

Tergamam Ain dan Nadzhan melihat Tya yang entah dari mana tiba-tiba tercegat di hadapan mereka. Nadzhan terus bangun dari duduknya dan merapati Tya.

"You buat apa dekat sini?" tanya Nadzhan, masih dalam riak tenang sambil mencapai tangan isterinya namun ditepis Tya.

"Jawab soalan I dulu Nadzhan. Siapa perempuan ni?"

Ketika itu beberapa pasang mata sudah mula memandang ke arah mereka.

"Tya, relaks boleh tak? Kita keluar dulu dari sini. Banyak mata tengah perhati."

Tya tergelak sinis. Dia memandang Ain dengan pandangan penuh marah dan benci. Air yang tersedia di atas meja dicapai dan dengan lajunya gelas yang tadinya penuh berisi air menjadi kosong. Ain mengelap wajahnya yang sudah basah dengan air.

Tanpa berlengah, Nadzhan terus menarik Tya keluar dari restoran bertaraf lima bintang itu dan menyuruh Ain balik menaiki keretanya. Ain menurut kata Nadzhan dan terus menghilang. Malu dia hendak berlama di situ lebih-lebih lagi apabila ada beberapa suara yang sudah berbisik.

"Lepas la, I nak sekolahkan perempuan tu," ronta Tya minta dilepaskan apabila melihat Ain pergi.

"Assalamualaikum."

Ain tersentak apabila mejanya diketuk perlahan. Dia mengangkat muka memandang gerangan yang mengetuk mejanya.

Nadzhan senyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. Kerusi di hadapan Ain ditarik dan punggungnya dilabuhkan.

"Jauh berkhayal?"

"Ain teringatkan Tya."

Nadzhan diam sahaja apabila nama Tya disebut. Dia sendiri masih risau akan Tya yang hilang tiba-tiba. Risau kalau-kalau Tya buat perkara yang bukan-bukan walaupun jauh di sudut hatinya dia tahu isterinya itu tidak mungkin buat perkara di luar jangkaannya.

"Kita putus," pinta Ain menyebabkan raut wajah Nadzhan berubah. Jelas Nadzhan tidak setuju dengan permintaan Ain.

"Nadz tak suka Ain cakap macam tu dan Nadz tak nak dengar ayat tu keluar lagi dari mulut Ain. Kali ini Nadz tak akan lepaskan Ain lagi. Nadz dah pernah buat silap dan Nadz tak akan ulangi kesilapan tu. Kali ini Nadz tetap dengan keputusan Nadz untuk jadikan Ain suri hati Nadz," janji Nadzhan.

Ain terdiam. Entah mengapa dia tidak rasa apa-apa dengan kata-kata Nadzhan. Hatinya terasa kosong. Dia hanya risau akan Tya.

"Ain risaukan Tya ke?" soal Nadzhan melihat riak wajah Ain. Ain mengangguk perlahan.

"Ain tak sanggup bahagia di atas penderitaan orang lain. Ain perempuan dan Ain faham perasaan Tya. Sakit ditinggalkan tu kesannya lama Nadz, Ain pernah rasa dulu dan impak tu mungkin lebih berat buat Tya."

Redup mata Ain memandang Nadzhan.

"Tak ada siapa yang akan terluka dan ditinggalkan. Nadzhan dah bincang dengan Tya dan dia setuju untuk bermadu dengan Ain."

KERANA DIAWhere stories live. Discover now