Bab 6

168 50 3
                                    

AKU MERENGUS perlahan. Baru ingat yang hari ni hari khamis.

"Do, kau siap tak kerja Fizik?" Hazree memandang aku. Nak copy lah, tu!

"Sorry lah. Aku tak siap lagi. Buku pun tertinggal. Aku silap tengok jadual." Perlahan aku membalas. Takde mood, weh!

Melihat yang lain lain mula bergerak ke makmal Fizik, aku turut bangun dari kerusi.

×××××××××××

"Adliena, sila jawab soalan nombor 8. " Suara tegas cikgu Faridah Shah Rukh Khan kedengaran. Peminat nombor 1 Shah Rukh Khan!

"Tak siap, cikgu." Aku membalas sambil menunduk.

"Tak siap? Where is your book? " Soalnya lagi.

"Tak bawak. Tertinggal."

"What? Get out from my class! Suka hati awak nak pergi merayau kat mana pun. Kalau jumpa cikgu disiplin, pandai pandai awak jawab!" Tegas suaranya.

Aku bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari makmal fizik.

Mane lagi? Kita pi padang, lah!

Selepas 3 minit aku melepak atas tangga tepi padang, terasa seseorang duduk di sebelah kanan aku.

"Tak siap kerja?" Aku menyoal tanpa memandangnya.

"Siap."

"Tak bawak buku?"

"Bawak."

"Kurang ajar ngan cikgu?"

"Aku budak baik. Innocent lagi. Handsome pulak tu. Dah lah kiut miut. Comelzz"

Spontan, aku memandang dia di sebelah.

"Menyampah betul aku!" Aku tersenyum sinis dan tergelak kecil.

Hazree tersengih.

"Berjaya jugak aku buat kau happy hari ni." Dia cuit pipi aku menggunakan kemuncup yang ada di tangannya. Aku menepis perlahan.

"Ingat sweet?" Aku bertanya tanpa riak.

"Chill lah sayang. Bie gurau jer!" Dia kembali mencuit pipi aku menggunakan kemuncup tadi. Aku buat tak layan aje.

"Dah, asal kau duduk luar ni?" Kening aku terangkat.

"Nak teman kau. Aku bagi buku aku kat Fahmi. Dia tak bawak buku. So, boleh aku duduk luar ngan kau." Dia tersenyum.

Aku cuma mampu menggeleng perlahan. Serious, mamat ni gila!

"Aku lapar. " Diam.

"Weh, aku lapar." Hazree mencuit bahu aku.

"Perut kau. Ape aku kesah?" sinis aku bertanya.

"Sampai hati. " Dia mencebik.

"Kau pahal, weh?" Dahiku berkerut.

"Laparrrrr!!!!! " Dia merengek. Dah macam budak umur 2 tahun nak susu!

"Pergi makan." arahku sambil lewa.

"Tak nak." dia menggelengkan kepalanya lemah.

"Dah tu?" dahiku berkerut.

"Nak bekal kau. " dia tersengih sengih.
"Lapar bekalan orang!" aku menjeling tajam.

"Gurau jer." dia menarik narik ekor tudung aku. Aku cuma membiarkan. Dah tak berdaya menahan kesewelan mamat ni.

Tiba tiba, loceng berbunyi. Dah rehat ke?

"Okay. Bye." terus aku berjalan meninggalkan beliau di situ.

******


"HELLO." aku menjawab panggilan yang masuk.

"Edy, betul ke Edy tak siapkan homework yang cikgu bagi? Kenapa tinggal buku? Saper ajar jadi malas camtu?" suara mama memetir.

"Hurmm. Edy tau, lah. Jangan nak tekan Edy boleh, tak? Edy pun ada life sendiri. Mama yang tak reti nak jaga Edy. Dari kecik, Wan yang besar kan Edy. Mama papa pergi mana? Kerja? Orang lain pun kerja tapi takdelah sampai abaikan anak. Dah lah, ma. Bye." aku terus menamatkan panggilan.

Sengihan sinis menghiasi bibir. Jangan salahkan aku kalau jadi pape lepas ni.

********

IKLAN KEJAP
👇

(aku takdeeeee ideaaaa... Warghh....)

*********

AKU berjalan menuruni anak tangga lambat lambat. Cepat cepat nak balik buat ape? Lek lu, chill lu.

"Shah, hang ada barang tu lagi, dak? Mintak do, barang sebijik dua. " aku memandang Shah, budak kelas paling hujung.

"Ada. Tapi hang kena bayaq, lah! Satgi mengamuk tauke tu. Mana mampu aku, kalau asyik payung hang, ja!" Shah merungut kecil. Aku tergelak lucu.

"Aku bayaq. Cepat do!" aku menghulurkan not bernilai 50 ringgit kepadanya. Pantas dia menghulurkan plastik kecil berisi sebiji pil berwarna merah-putih. Kami bertukar huluran.

"Apasal cari barang ni weh? Hang ada masalah, ka? Ka nak kasi up nafsu tu?" dia bertanya dengan sengihan lebar.

"Siot, kau! Aku nak ade nafsu amende, weh? Nak kasi up ngan saper? Adoii, choii, lah!" aku tergelak.

"Dah, pasaipa?" keningnya terangkat.

"Problem ngan mak aku sikit. Dah arh, chow!" aku menepuk bahunya perlahan. Shah cuma mengangguk.

*****

"EDY! Pi jemur kain ni!" suara Wan menghentikan aku yang baru aje nak landing tas katil.

"Ye, Wan!" aku bergerak ke dapur.

Bakul berisi kain lembap aku ambik dan bawak turun ke tempat sidai kain.

Satu per satu kain aku ambik dan sidai.

"Weh, kau pergi mana tadi? Aku tunggu kau nak berjanggut kau tau tak!" Hazree datang sambil tersengih sengih.

"Ermmm." sepatah aje aku balas.

"Kau naper, do? " keningnya terangkat.

"Penat sikit. Tak cukup tidur." aku tersenyum kecil.

"Ouh." dia mengangguk kecil.

"Japgi kita buat revision, nak? Fizik?" lembut dia bertanya.

Bila terdengar perkataan 'fizik', serta merta darah aku menyirap.

"Hang dah pasaipa ajak aku revision benda tu?!" suara aku bertukar keras.

Hazree tergamam.

"Kau ada problem ke do?"

"Bukan hal kau." balasku malas.

"Kau member aku. Mestilah hal aku gak. Lagipun,..."

"Kau bukan member aku." aku memotong pantas. Dia kelu.

"Kita baru kenal 3 minggu, tak sampai sebulan pun lagi. Kau orang asing bagi aku. Dan kau langsung tak kenal aku. Aku tak anggap kau member sebab aku tak nampak pape faedah pun kalau aku berkawan dengan kau. Kau, useless. Cuma mamat yang kerek, bajet dan perasan. Datang sini, buat aku menyampah, buat aku rimas, and aku anggap kau ni satu bala bagi aku." aku memandang tajam ke arahnya tanpa berkelip.

"Jauhkan diri kau dari aku. Aku rimas tengok muka kau." aku mengangkat bakul yang sudah pun kosong sebelum berjalan meninggalkan Hazree yang sedang terkebil kebil.

AKU TUNGGU KAU, BONGOK!Where stories live. Discover now