Hye assalamualaikum... Oke, aku just nak inform.. yg aku akan update story guna account lama. So... Kalau korang nak baca story yg diupdate nanti, korang baca kat sini tau... Just tekan je username kat bawah ni.. boleh lah nak follow ke apa.Aku Tunggu Kau, Bongok! (ATKB) and Maa Sweet Badboy (MSB) aku akan update kat sana okay?
Untuk yang tak tau, Maa Sweet Badboy (MSB) kat account sana dah banyak bab dah aku update. Dah nak habis dah cerita tu actually. Baca sana, ok?
Kalau MSB tu dah habis nanti, aku akan publish cerita baru. Cerita pasal Nish and Fiqa jugak, tapi berdasarkan pandangan Nish (Nish's POV). Dalam tu, aku akan buat story pasal waktu dorang sekolah, mula mula kenal semua. Aku takkan ulang semua benda sama dalam MSB sbb tkut membosankan. Maybe ada jugak kot.
Ni aku selit sikit story dia. Nanti korang baca tau!
******
AKU memperlahankan motor sebaik sahaja menghampiri kawasan Paragon.
Dari jauh terlihat sebuah Honda Accord berwarna putih tersadai di tepi jalan.
Aku hentikan motor di kaki lima dan matikan enjin. Terus berjalan ke arah seorang wanita yang aku rasakan pemilik kereta tersebut.
"Puan ni, yang call workshop tadi ke?" Aku menyoal seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40 an.
"Iya. Awak pekerja workshop tu eh?" Dia tersenyum memandang aku yang masih lagi memakai helmet dengan visior yang masih tertutup.
"Iya puan." Aku mengangguk laju. Mata aku sempai mengerling sekilas kepada seorang gadis yang sedang menunduk, fokus kepada telefon ditangannya. Anak dia, kut?
"Cepat betul sampai." Dia bersuara sambil memerhatikan aku yang sedang mengintai intai bahagian enjin keretanya setelah bonet depan aku buka.
"Saya takut puan tertunggu tunggu. Lagipun panas ni."
"Baik betul awak."
Aku cuma tersenyum. Visior aku buka. Panas.
"Mama! Fiqa dah call angah, dia kata kejap lagi dia sampai." Gadis tadi mendekati kami.
Spontan aku mengalih pandangan ke arah pemilik suara tersebut.
Aku dan dia, kami sama sama terpaku. Laju diam melarikan pandangan.
Akak pengawas singa ketot!
Akhirnya aku boleh jugak tengok kau. Dah lama aku cari!
Pantas aku menunduk. Kembali mencari punca kereta rosak. Kejap je dah jumpa.
"Adoii." Aku memandang enjin Accord di hadapan aku.
"Kenapa?" Kalut wanita tersebut bertanya.
"Tangki air pecah ni puan. Memang saya kena call towing ni. Bawak ke bengkel. Kalau kat sini, tak boleh nak baiki."
"Takpe lah, kalau camtu bawak ke bengkel. Lagipun anak saya boleh ambik saya kejap lagi."
Aku mengangguk perlahan.
*******
Kalau nak tau cerita penuh, follow aku kat account lagi tu tu untuk dapat notification... kalau dah follow thanks❤️!
Thanks banyak banyak tauu yang mana sudi support time aku terkapai kapai restart balik dgn account ni. Struggle balas komen satu satu kat account sana supaya readers sedar kewujudan aku. Last ii aku redha. Mujurlah ada readers yg sudi bagitau readers lain pasal account ni. Terima kasih tau! Aku banyak post and tanya ii kat sini, sbb kat account tu kurang sambutan. Ramai read.. Tpi tak ramai yg nk bgi cadangan. Ada sikit je and i really appreciate it!
Aku baca tau semua komen korang. Kadang kadang aku gelak sorang sorang masa baca hehe.
Loveeee you so much much much❤️!
YOU ARE READING
AKU TUNGGU KAU, BONGOK!
Storie d'amore"Aku tau suara aku ni sexy. Sebab tu kau suruh aku senyap. Kau takut cair, kan?" - Hazree Kehidupan aku berubah malang bila mamat perasan dan kerek tu pindah sekolah dan duduk tepi aku! Okey, aku tak tau nak terangkan macam mana, tapi aku betul-bet...