HAZREE's POV
PETIKAN GITAR mengisi kesepian. Aku hela nafas perlahan.
"Goreng satu." Zeeq memandang Eddy.
Aku cuma diam tanpa nafsu untuk bercakap.
"Okey. Kenangan masa kecilku." Dia mengangguk perlahan.
"Okey." Zeeq menjawab tidak kesah.
Aku senyap. Tak tau pun lagu amende. Tak pernah dengar.
Tak kuasa ku ingat masa kecil ku
Hidup tanpa belaian ayah ibu
Berlinang air mata dipipiku
Melihat bahagianya temanku
Air mata menjadi saksi bisu
Tentang perpisahan keluarga kecilku
Hancurlah semua kebahagiaanku
Ku dibesarkan orang tua ayah ku
Semoga ayah mengerti perasaanku
Yang haus kasih sayang mu
Untuk ibu tahukah hati kecilku
Ku menangis disetiap tidurku
Bila waktu dapat ku putar kembali
Ku ingin seperti dulu
Ayah ibu selalu ada di sisiku
Kini jadi kenangan hidupku
Air mata menjadi saksi bisu
Tentang perpisahan keluarga kecilku
Hancurlah semua kebahagiaanku
Ku dibesarkan orang tua ayah ku
Semoga ayah mengerti perasaan ku
Yang haus kasih sayang mu
Untuk ibu tahukah hati kecilku
Ku menangis disetiap tidurku
Bila waktu dapat ku putar kembali
Ku ingin seperti dulu
Ayah ibu slalu ada disisiku
Kini jadi kenangan hidupkuAku sedikit tersentak mendengar lirik tersebut. Serta merta mata terasa pedih.
Aku angkat muka dan terpandang Zeeq.
Dia kelu melihat aku. Seperti memahami, dia mengangguk perlahan.
Aku bangun dan aturkan langkah ke dalam rumah.
Masuk dalam bilik, frame gambar di atas meja aku capai.
"Pa,.. Haz rindu family kita yang dulu. Ma,.. Haz rindu nak makan masakan mama." Air mata mula membasahi pipi.
"Kenapa Haz tak boleh bahagia cam orang lain? Kenapa family kita jadi camni?" Aku cengkam rambut. Lepaskan perasaan.
"Mama,.. Haz rindu mama." Aku peluk lutut dan sembamkan muka. Sakit.
Angkat muka, terpandang cermin di hadapan. Kening. Eddy kata, kening aku... cantik?
Parut ni,.. cantik?
*******
10 TAHUN LEPAS.
"AWAK! Lepas, lah! " suara mama menjerit menyebabkan aku tersedar dari tidur. Aku memandang ke arah cahaya yang menerobosi celah pintu bilik.
"Lepas? Awak nak saya lepaskan awak camtu je? Awak cakap ape?!" Suara papa begitu keras pada pendengaran aku.
Dada aku mula berdebar debar.
"Zeeq! Bangun, Zeeq!" Aku menggoncang tubuh Hazeeq yang nyenyak di katil sebelah. Namun dia masih keras.
Dasar abang, tido mati!
Perlahan lahan aku tolak pintu bilik.
"Papaa!!!" Aku terjerit melihat papa yang sudah pun mencengkam rambut mama. Hampir sahaja kepala mama dihantukkan ke dinding.
"Haz masuk bilik!" Tengkingan papa membuat aku terketar ketar.
"Papa jangan buat mama macam tu!" Aku berlari dan memaut paha mama. Kelihatan darah mengalir di betisnya. Aku tak faham. Kenapa ada darah?!
"Aku cakap masuk!" Dia mengheret tangan aku secara paksa.
"Tak nak!" Aku berkeras.
"Masuk!"
"Taknak!" Serentak dengan itu, terasa tubuh aku melayang dan kepala aku terhantuk di bucu tangga.
"Awak!" Mama terjerit. Papa memandang aku sekilas sebelum langkah diatur keluar dari rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU TUNGGU KAU, BONGOK!
Romance"Aku tau suara aku ni sexy. Sebab tu kau suruh aku senyap. Kau takut cair, kan?" - Hazree Kehidupan aku berubah malang bila mamat perasan dan kerek tu pindah sekolah dan duduk tepi aku! Okey, aku tak tau nak terangkan macam mana, tapi aku betul-bet...