TW//SUICIDE ATTEMPT
#####
Aku melangkah masuk ke dalam rumah itu. Setelah berbincang dengan Jeonghan, aku mungkin akan berpindah dengannya setelah aku mendapat kerja yang baharu. Tambahan pula aku tak sampai hati meninggalkan appa seorang diri.
Apa-apa yang jadi, dia masih ayah aku.
Mataku terarah kepada botol-botol kaca yang bersepah di atas meja ruang tamu. Appa yang sedang tidur di atas sofa itu aku pandang. Aku melangkah ke arah meja itu dan mengemas semua botol kaca tersebut.
"Hyejung... Mana kau pergi!"
Dadaku terus berombak laju. Jantung aku mula berdegup kencang. Nafasku menjadi tidak teratur. Sungguh, aku takut dengan manusia di hadapan aku ini. Dia seakan-akan bukan ayahku yang dulu. Appa bangun dari pembaringan sebelum berjalan ke arah aku.
"Kau pergi mana dua hari tak balik?!"tengkingnya sebelum mencapai rambutku. Rambutku direntap kuat ke atas memaksa aku untuk bangun. Habis terlepas botol-botol soju yang aku pegang ke atas lantai. Wajahku ditampar kuat.
"DUIT KAU MANA?!"soalnya dengan suara yang kuat sebelum menolak aku ke lantai. Dahiku terhentak kuat pada botol soju itu. Dia menyepak badan aku sebelum menarik rambut aku sekali lagi.
"Kau ni memang betul bawa sial. Kenapalah perempuan bodoh tu tak ambil kau sekali? Tak adalah aku susah nak jaga kau!"ujarnya sebelum menghentak kepala aku pada bucu meja. Aku mengemam bibirku menahan kesakitan tersebut.
"Jangan cakap macam appa pernah jaga Hyejung."bisikku perlahan. Appa menyengetkan kepalanya memandang aku yang sudah longlai di atas lantai.
"Kau dah pandai melawan kan?"
Aku diam. Rambut aku ditarik sekali lagi.
"JAWABLAH! TADI MENJAWAB SANGAT!"jeritnya di hadapan wajahku. Aku memejamkan mata.
"Malam ni aku nak duit."
"Aku takda duit. Kerja pun aku takda."
Wajahku ditampar lagi dengan kuat. Berdesing telingaku apabila wajahku bertemu dengan lantai.
"Kau fikir aku peduli?! Aku tak kisah kau melacur ke, jual dadah ke, AKU NAK DUIT! KAU FAHAM KE TAK?!"
Aku menahan air mataku daripada menitis.
"Perempuan tak guna. Baik kau mati saja daripada menyusahkan hidup aku macam ni."katanya sebelum berdiri. Kata-kata itu bagaikan angin lalu. Aku sudah lali dengan ucapan yang setiap hari dilemparkannya sejak 15 tahun dulu.
Melihatkan dia sedang muntah di singki dapur itu, aku mengumpul kekuatan untuk bangun dan mencapai sebotol soju di atas meja itu. Dengan langkah yang lemah aku mendekatinya dan menghayunkan botol kaca itu pada kepalanya.
Bahagian atas pinggangnya jatuh ke dalam singki sebelum perlahan-lahan menyembah lantai dapur itu. Aku mencampakkan serpihan botol kaca pada wajahnya.
"Fuck you."
Aku terus berjalan ke bilikku dan mengeluarkan segala pakaian daripada almari. Aku sumbatkan segala benda ke dalam beg baju itu dengan laju sementara aku punya masa untuk lari daripada sini.
Aku melangkah keluar daripada rumah itu dengan pantas meninggalkan segala penderitaan aku selama-lamanya di situ.
+++++
Aku merenung tasik itu lama. Penghadang ini menghalang segala niatku untuk terjun ke dalam sungai yang gelap itu. Semakin lama aku berdiri di sini, semakin kuat keinginanku untuk terjun.
Aku rasakan yang aku tidak berguna lagi untuk hidup. Duit aku tiada, keluarga? Sudah lama pupus. Yang tinggal hanya lelaki gila yang gila judi. Jeonghan pula tidak dapat aku hubungi kerana aku tiada telefon sendiri. Aku tak sempat bertanyakan di mana aku perlu pergi kalau aku mahu berjumpa dia.
Telefon aku dihancurkan oleh lelaki gila di rumah itu semasa hari pertama aku membelinya.
"Kau memang tak patut hidup, Hyejung! Kau tak guna!"jeritku seorang diri. Aku tidak kisah dengan pandangan orang lain. Mereka tidak faham derita aku. Aku mahu mati. Dengan mati saja perkara ini akan selesai.
Sungai itu aku tatap sekali lagi. Nafasku terhenti setelah aku memanjat penghadang itu. Air mata mula membasahi wajahku saat itu.
"Aku tak guna."bisikku perlahan sebelum menjatuhkan diriku ke dalam sungai tersebut.
"CIK!"
+++++
Dadaku terasa sempit apabila aku menarik nafas. Serta-merta, mataku terbuka sepenuhnya. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan kuat. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Aku kemudian duduk di atas katil itu.
"Hyejung, are you okay?"
Soal seseorang di sebelah aku. Aku menoleh ke arahnya laju. Jeonghan. Tubuhnya aku peluk erat. Dia mengusap belakang badanku menenangkan aku yang teresak-esak menangis.
"Tolong buat report polis, abang. Hyejung dah tak tahan dengan appa."ujarku setelah meleraikan pelukan itu. Jeonghan menyeka air mataku. Aku terasa seperti mahu mati mengenangkan apa yang appa telah lakukan pada aku.
"I'll make a report but Hyejung pindah rumah abang okay? Tak payah tunggu dapat kerja. Abang boleh tanggung Hyejung."kata Jeonghan sebelum lalu mengucup dahiku lembut. Dia tersenyum kecil sebelum memakai stetoskop yang tergantung di lehernya.
"And now, you're my patient. So sit still and inhale."ujar Jeonghan lagi sebelum menekapkan stetoskop itu pada dadaku. Aku hanya membiarkan saja walaupun aku rasa tidak selesa. Perkara yang sama dilakukan pada bahagian belakang aku. Dia menganggukkan kepalanya.
Satu lampu suluh kecil dikeluarkan dari poketnya sebelum menyuluh kedua-dua belah mataku. Dia tersenyum kecil.
"Abang dah check your condition. Hyejung you lack of nutritions. Makan ke tak sebelum ni?"
"Nak dekat seminggu dah Hyejung tak makan apa-apa. Hyejung kena pecat. Duit takda nak beli makanan. Appa dah habiskan duit Hyejung untuk judi."jelasku perlahan sebelum memejamkan mata. Aku tidak mahu menangis, apatah lagi di hadapan Jeonghan.
Lelaki itu hanya menghela nafas perlahan.
"Luka-luka ni, appa buat ke?"
Aku mengangguk. Jeonghan terus menarik aku ke dalam pelukannya.
"Sorry for not being there with you. Abang minta maaf sangat sangat."ucapnya lagi sambil mengusap rambutku perlahan. Aku mengangguk kecil lalu tersenyum, semakin selesa dengan pelukan hangat abangnya ini.
"If it was not Seungcheol, I would've bawling my eyes out seeing you lying not breathing, in front of me."bisiknya perlahan di telingaku. Aku hanya diam mendengarkan dia berkata-kata.
Jeonghan meleraikan pelukan tersebut dan memandang aku lama.
"Kita makan dekat kafeteria okay? Abang belanja."
###
YOU ARE READING
Babysitter || Choi Seungcheol
FanfictionSetelah kematian isterinya, Seungcheol mengambil langkah untuk mencari seseorang yang dapat menjaga anaknya dengan baik. Semua penjaga sebelum ini tidak memenuhi kriteria dan kehendaknya sebagai seorang penjaga anaknya. Yoon Hyejung, gadis yang baru...