01 || fired

156 9 2
                                    

"Welcome to Han's Kitchen!"jerit seseorang dari pintu masuk restoran itu. Aku dan pekerja restoran yang lain mengangkat kepala dan menyambut tetamu itu. Aku sebagai pelayan di restoran ini sedang membersihkan meja untuk dua orang.

"Welcome to Han's Kitchen!"sahut kami semua yang sedang sibuk membuat kerja. Aku melangkah ke arah pinggan dan cawan kotor dan meletakkan segala benda di dalam bekas itu. Dulang yang aku gunakan untuk meletakkan pinggan dan cawan kotor tadi aku letakkan di sebuah tempat.

Dengan langkah yang pantas, aku menuju ke arah kaunter hidangan itu dan mencapai dulang yang mengandungi pinggan dipenuhi ketulan ayam goreng yang disalut dengan madu, dua mangkuk nasi dan dua mangkuk sup.

"Meja 21."ujar rakanku, Yoonha daripada bahagian dalam dapur itu. Aku menganggukkan kepalaku kemudian mengenyitkan mata pada Yoonha. Yoonha tersengih malu kemudian menggelengkan kepalanya. Aku terus mengorak langkah ke arah meja 21 yang terletak di bahagian dalam restoran.

"Honey whole chicken with 2 set of steamed rice. Enjoy!"

Aku berlalu daripada meja itu dan melangkah ke arah kaunter hidangan. Wajah pekerja yang lain sudah mula pucat apabila ada seorang pelanggan wanita yang sedang menjeling mereka semua.

Ah, ni pasti kes mereka lambat hantar makanan. Jinhwa meletakkan sebuah pinggan yang mengandungi 12 ketul ayam yang disaluti sos Red Pepper di atas dulang aku. Wajahnya sungguh pucat. Maklumlah, pekerja baru.

Disebabkan aku antara orang yang lama bekerja di sini, akulah yang perlu bertanggungjawab. Aku melangkah ke arah meja itu. Sepantas mungkin aku meletakkan makanan yang dia pesan tadi.

"Aku pesan benda lain! Sampai benda lain! Sudahlah lambat!"

Sudah kali keberapa aku di tengking sebegini di depan pelanggan restoran buat hari ini. Terpaksa buat muka tembok depan mereka. Wajah wanita yang bengis itu aku tenung.

"Apa yang kau pandang?! Kau tunduk sekarang!"

"Saya minta maaf. Saya akan ganti—"

"Aku mintak ayam saja kot! Apa yang lambat sangat?! Nak aku report dekat manager kau ke?!"jerit wanita itu lagi. Aku memejamkan mata aku dan menghela nafasku. Panjang pulak makcik ni bebel. Tercsbht telinga aku nanti.

"Saya minta maaf—"

"Kau ingat maaf kau boleh pulangkan balik masa aku ke hah?!"

Sesiapa tolonglah aku. Aku taktau nak cakap apa dah ni. Yang aku tahu dalam kepala aku sekarang ni asyik ulang-ulang frasa 'customer is always right' sahaja.

Tiba-tiba, aku terasa ada sentuhan hangat yang meresap di bahagian pergelangan tanganku.

Haih, jejaka idaman aku merangkap pengurus aku, Encik Kim sudah datang. Dengan penuh beraninya dia menarik aku ke belakangnya. Aku menyembunyikan senyumanku yang makin lebar.

"Puan, saya minta maaf bagi pihak pekerja saya."

"Kau manager budak ni ke?"soal wanita itu dengan bongkaknya. Aku rasa nak lempang saja muka dia tapi memandangkan Encik Manager kesayangan datang untuk melihat keadaan aku, aku tangguh dulu keinginan aku.

"Ya, puan. Kalau puan ada apa-apa untuk diadukan, sila adu pada saya di pejabat saya. Tak perlu tengking pekerja saya di hadapan semua orang. Pelanggan kami yang lain mahu makan dengan tenang. Terima kasih, puan."

Wanita itu menjeling Encik Kim sebelum mencapai beg tangannya dan berlalu daripada restoran itu. Dia menggumam perlahan tentang betapa biadapnya aku dan Encik Kim. Restoran itu menjadi senyap sunyi bagai kawasan perkuburan.

"Maaf semua! Jemput makan makanan anda dengan tenang. Maaf ya!"ucap Encik Kim dengan senyuman kelat. Pelanggan restoran itu mula berborak seperti biasa setelah suasana menjadi tenang. Encik Kim merenungku dengan tajam.

"End of your shift, my office."

Aku mencebik. Masuk saja kali ni, sudah 14 kali aku dipanggil untuk masuk ke dalam pejabat pengurus kacak setelah habis shift aku. Entah kenapa aku tidak kisah dimarahinya. Ini bermaksud yang dia memberi perhatiannya pada aku kerana aku banyak kali masuk ke dalam pejabatnya.

Katakan aku gila kerana sanggup bertanggungjawab atas masalah pekerja lain, aku tidak kisah asalkan dapat perhatian daripada pengurus kacak. Aku memang gila. Aku akui benda itu.

+++++

Aku menundukkan kepala apabila berdiri di depan meja kerja Encik Kim. Dia memandang aku sambil memutarkan pennya dengan laju menggunakan jari-jemarinya. Aku meneguk liurku.

"Hyejung,"

Tiba-tiba saja bulu romaku meremang. Beribu kupu-kupu berterbangan dalam perutku membuatkan aku berada dalam keadaan yang sangat tidak selesa. Mataku masih memandang ke arah lantai. Fikiranku melayang apabila mendengarkan suara itu.

Ah, aku sangat gila kerana dalam waktu yang genting ini aku boleh lagi berangan tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku fikir. Sudahlah sekarang ini lewat malam. Lagi teruk pemikiran aku dibuatnya.

Encik Kim bangun daripada kerusinya dan berjalan ke hadapan aku. Dia melabuhkan punggungnya di atas meja. Aku mengangkat kepalaku memandang wajah Encik Kim. Dia tersenyum senget melihatku.

"What do you want from me actually? Visiting my office like it's your second home. Because of other's problems pula tu. Why?"

SEBAB SAYA SUKA ENCIK!

Aku menarik nafasku sebelum menghembusnya kembali bagi menghilangkan segala isi hatiku tadi. Aku memandang ke arah Encik Kim yang masih menunggu aku untuk berkata sesuatu.

"Sebab—"

"Tak pun sebab awak minat pada saya? Sebab tu awak sanggup bertanggungjawab atas kesilapan orang lain semata-mata nak masuk pejabat saya? Am I right?"

"T-tak. Saya tak pernah buat macam tu."
ujarku gugup. Padahal itulah satu-satunya cara aku untuk meluangkan lebih sedikit masa bersama Encik Kim. Aku menundukkan kepalaku. Jantungku makin laju berdegup apabila Encik Kim berdiri dan merapati aku.

"Then why? Say it."katanya di tepi telinga aku membuatkan kupu-kupu itu berterbangan lagi di dalam perutku. Kadang-kadang aku terfikir juga Encik Kim ni tengah goda aku ke apa? Suara dia seperti sedang menggoda aku.

"Yes! That's right! I did it on purpose because I like you! No other than that, okay! You win. Just let me go home and rest. Or you can fire me if you want to."ujarku secara tak langsung meluahkan perasaanku pada Encik Kim. Dia tergelak kecil lalu dia merehatkan sebelah punggungnya di atas meja.

Aku tahu Encik Kim tak akan suka pada aku yang dilabel pekerja bawahan ini. Siapalah aku untuk mendapatkan cinta seorang pengurus restoran ini? Aku bukan sesiapa di matanya. Hanya pekerjanya sahaja.

"Okay."

Aku mengeluh kelegaan.

"You're fired."

###

Babysitter || Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now