"Ah, Hyejung. So you met Yunho already?"soal Seungcheol yang baru saja tiba di ruang tamu. Aku mengangguk dengan penuh rasa kekok sementara Yunho berdiri di sebelahku.
"Duduklah, kita sarapan sama-sama."kata Seungcheol sebelum tersenyum. Yunho dan San melangkah ke arah meja makan itu dan melabuhkan punggung mereka di atas kerusi.
"Hyejung? Duduklah."
"Kembar tak turun lagi?"
"Kejap lagi diorang turun—"
"KAKAKKKK!"
Jeritan yang datang dari tingkat atas itu membuatkan mataku terbuntang. Aku terus berlari bagai tak cukup tanah. Tangga itu daki dengan laju dan meluru ke arah bilik Seungwoo.
Belum sempat aku masuk ke dalam biliknya, sebuah jeritan kuat terlepas dari mulutku.
"LIPASSSS!"jeritku sekuat hati sebelum memeluk apa sahaja di sebelahku. Bau spray lipas menerpa hidungku lalu aku membuka mata.
Tubuh Seungcheol yang aku peluk erat membuatkan aku terdiam.
"Sedap peluk saya?"
Aku mengangguk perlahan sebelum melepaskan badannya. Rambut yang tidak betul aku kemaskan sebelum melihat ke arah lipas yang sudah terbaring di atas lantai itu. Seungwoo dan Seunghae yang berdiri di hadapan aku sambil berpegangan tangan itu memandang ke arah kami berdua.
"A-apa pandang pandang? Tak pernah nampak kakak peluk orang ke?"
"Kitorang tak pernah nampak kakak peluk papa and kakak baru kerja sini dalam..."
Seungwoo mula mengira dengan jarinya itu. Seungcheol hanya tertawa kecil sebelum mencapai tangan Seungwoo.
"Dah, jom turun. Sarapan."kata Seungcheol lalu mendukung anak lelakinya. Seunghae pula memegang tanganku. Kami berempat turun ke tingkat bawah.
Yunho memandang kami semua lama sambil mengunyah perlahan roti yang berada di dalam mulutnya. Aku mengabaikan pandangannya dan melangkah ke arah meja makan tersebut.
"Princess uncle!"
"Uncle San!"
Aku mencebik. Dasar Seunghae, pantang jumpa Uncle San dia, terus lupa aku. Seunghae duduk di atas riba San manakala aku duduk di sebelah San. Yunho duduk bertentangan denganku. Seungwoo pula duduk di sebelah Yunho.
Kami mula menjamah sarapan yang telah disediakan Seungcheol itu."So guys, harini Aunty Byun tak dapat datang sebab ada urusan keluarga. Saya nak perkenalkan ini Yoon Hyejung, live-in babysitter untuk kembar."kata Seungcheol, memperkenalkan aku kepada Yunho kerana secara teknikalnya, kami tidak pernah berjumpa di dalam rumah ini.
"And Hyejung, ini Jung Yunho. Dia uruskan laman rumah. And yes korang bertiga sebaya. Sepatutnya Yunho akan datang setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad. Tapi dia ada urusan keluarga masa awak start kerja haritu."
Kunyahanku terhenti seketika.
Mataku bertentang dengan Yunho yang juga sedang memandang ke arahku. Dengan pantas Yunho memalingkan wajahnya dan mencapai cawan teh di sebelahnya.
"Kau apahal malu-malu dengan Hyejung ni?"soal San kepada Yunho yang sedang meneguk teh daripada cawan tersebut
Serentak dengan itu, Yunho tersedak. San yang mengajukan soalan itu berkerut. Aku menghulurkan sehelai tisu kepada Yunho. Dia mengambilnya dengan teragak-agak.
"Apa kau ni tanya soalan macam tu."ujar Yunho perlahan sambil terbatuk-batuk. Wajahnya sudah merona merah. San mencebik. Dia hanya ajukan soalan yang logik. Tidak sangka itu reaksi yang dia akan dapat.
"Tanya je."kata San selamba sebelum mengangakan mulutnya menerima suapan daripada Seunghae.
"Itulah tu. Saya tengok awak macam malu-malu kucing harini, Yunho."sampuk Seungcheol pula sengaja ingin bergurau.
"Kan! Kau jangan macam macam eh Yunho. Hyejung off-limits."usik San sambil tersengih mendengarkan kata-kata Seungcheol itu. Lelaki itu tertawa besar sebelum menggelengkan kepalanya. Aku mengukirkan senyuman kecil lalu mengerling ke arah Yunho. Dia hanya diam dan meneguk air tehnya.
+++++
Aku berjalan di tepi kolam renang itu sambil melalukan ranting pokok yang panjang di dalam air kolam tersebut. Jangan tanya di mana aku jumpa ranting ni, aku kutip saja apa yang ada di laman.
"Do you want to leave me too?"
Soalan yang pernah dilontarkan oleh Yunho dulu asyik saja bermain di fikiranku sejak sarapan tadi. Aku tak sangka pula Yunho yang dikatakan Seungcheol itu merupakan Jung Yunho yang aku kenali.
Baiklah, aku pendekkan cerita saja.
Yunho merupakan salah seorang batchmates di sekolah menengahku dulu. Dan ya, disebabkan wajahnya yang menawan, ketinggiannya yang lampai, kehebatannya bermain bola keranjang, dia dikira sebagai pujaan gadis-gadis di sekolah aku dulu.
Aku pun termasuk dalam golongan gadis-gadis yang meminati Yunho. Maklumlah, aku ni pantang nampak orang kacak.
Nak dijadikan cerita, kami berkenalan melalui game atas talian. Bermula dari situ, kami mula rapat dan bercinta. Cliché. Namun, yang pastinya hubungan itu rahsia. Malangnya, lepas saja ayah aku tahu tentang hubungan aku dan Yunho, aku dipukul sehingga jantan tak guna tu penat.
Itu pukulan paling teruk yang aku pernah alami sepanjang aku hidup dengan jantan tak guna tu. Yunho tidak tahu tentang penderaan ini. Setiap kali dia mahu ke rumah aku, aku akan memberi seribu satu alasan untuk tidak ke rumahku.
Dan apa yang aku ingat, aku terpaksa berpindah sekolah. Dek kerana jantan tak guna tu tak mahu aku berhubungan dengan Yunho, takut aku mengadu apa-apa tentang penderaannya terhadapku.
Lama aku terputus hubungan dengan Yunho. Sehinggalah hari ini, aku dan dia berjumpa semula.
Sedang aku mengelamun, terasa seperti seseorang menepuk bahuku. Aku terus memusingkan badan menghadapnya.
"Hyejung,"
"Yunho."balasku sambil mengemam bibir. Yunho mengukirkan senyuman halus. Dia nampak gemuruh berbanding aku.
"Saya tahu, awak banyak soalan nak tanya. Tapi bukan kat sini."ujarku cuba untuk mematikan segala bicaranya. Yunho memandang ke arahku sebelum mengangguk perlahan. Aku berundur daripada Yunho dengan berhati-hati.
Apabila aku hendak berpusing,
"BAHH!"jerit San yang muncul entah dari mana di tepi telingaku.
"ARGH!"jeritku dan kaki aku terpelecok. Dan seperti yang aku duga, tubuhku terus jatuh ke dalam kolam renang tersebut. San memanjangkan tangannya untuk mencapai tubuhku namun tidak berjaya.
Aku semakin cemas apabila kaki aku tidak dapat menyentuh lantai kolam tersebut.
KENAPA TIDAK ADA SEORANG PUN BAGITAHU AKU KOLAM RENANG INI DALAM?!
Sedang aku terkapai-kapai cuba untuk bernafas, Yunho telah pun terjun ke dalam kolam dan memeluk tubuhku erat. Aku masih cuba menyelamatkan diri menepuk-nepuk permukaan air tersebut.
"Hyejung relaks! Saya ada!"
Apabila aku dapat melihat wajah Yunho yang kelihatan cemas itu, aku menarik nafas panjang. Menggigil-gigil badanku cuba untuk bernafas. Aku memeluk leher Yunho erat. Air mata mula menitis. Aku fikir aku hampir mati akibat lemas.
Yunho mengusap belakang badanku dengan lembut, cuba untuk menenangkan aku yang hampir lemas tadi.
"Hyejung... sorry..."ucap San di tepi kolam tersebut. Namun penglihatanku sudah berbalam-balam. Kepalaku mula pening dan segalanya mula kelam.
####
YOU ARE READING
Babysitter || Choi Seungcheol
FanfictionSetelah kematian isterinya, Seungcheol mengambil langkah untuk mencari seseorang yang dapat menjaga anaknya dengan baik. Semua penjaga sebelum ini tidak memenuhi kriteria dan kehendaknya sebagai seorang penjaga anaknya. Yoon Hyejung, gadis yang baru...