04 || offer

82 8 2
                                    

"She said thank you and aku appreciate sangat sangat kau selamatkan dia."ujar Jeonghan yang berada di hujung talian. Seungcheol tertawa kecil sebelum menghela nafasnya. Dia menghempaskan punggung di atas sofa.

"No big deal. I'm glad she's doing okay. By the way, jangan lupa carikan aku babysitter untuk anak-anak aku. Aku dah tak larat nak bawa diorang pergi office. Hyper sungguh masing-masing."ujar Seungcheol disusuli dengan tawa mereka berdua.

"Aku tahulah. Nantilah aku carikan sesiapa. Dalam banyak banyak kawan kau, kenapa aku jugak yang kau suruh carikan babysitter? Aku ni lelaki bekerjaya tahu tak?"

"Eh kau ni bisinglah. Nanti aku bayarlah kau."

"Ini yang kita mahu. Okaylah bye."

"Cepat sikit cari tu. Jangan—"

Panggilan telefon ditamatkan oleh Jeonghan. Seungcheol tergelak kecil sebelum mencampakkan telefonnya perlahan di atas sofa. Dia menoleh ke arah anak-anaknya yang sedang membuat kerja masing masing.

"Anak-anak papa buat apa?"soal Seungcheol lembut sebelum mengucup puncak kepala mereka berdua.

"Tengah colour pwincess!"ujar Seunghae dengan senyuman lebar di wajahnya. Seungwoo pula masih tekun membuat latihan menulis huruf G di bukunya. Seungcheol tersenyum lebar.

"Esok balik rumah nenek okay? Papa minta tolong Uncle San hantar Hae dengan Woo kat rumah nenek."kata Seungcheol lembut. Seunghae memandang wajah ayahnya dengan cebikan di bibir kecil itu.

"Hae nak ikut papa work."kata gadis kecil itu perlahan. Matanya mula bersinar menandakan air mata bakal mengalir dari mata bulat itu. Seungcheol terus mendukung Seunghae dari kerusi.

"Work papa banyaklah, sayang. Nanti Hae nak main dengan siapa?"

"Woo ada."balasnya, bibirnya masih lagi memuncung. Seungcheol ikut mencebik.

"Next time. For tomorrow, cannot. Papa have work to do and you guys will be at school for 5 hours."

"Tapi papa—"

"No negotiation tonight, sayang."

"Kita duduk rumah nenek sajalah, Hae. Rumah nenek boleh makan aiskrim."kata Seungwoo tanpa memandang ke arah mereka berdua. Seunghae yang baru saja mahu berdrama terus terdiam, berfikir sejenak.

"Okay! Esok duduk rumah nenek!"

"Ohh, nenek bagi makan aiskrim eh! Tak bagitau papa!"kata Seungcheol sebelum mencubit pipi anak perempuannya itu. Seunghae tergelak besar sambil cuba menolak tangan besar milik Seungcheol.

"Boleh makan aiskrim but not late at night. Faham?"

"Faham papa!"

"Good girl."

Seungcheol menoleh ke arah jam dinding yang menunjukkan jam 10 malam itu.

"Okay twins, lets get ready for bedtime. Kemas buku, and then gosok gigi. I'll be waiting in your room in five minutes for bedtime routine. So chop chop! Lets go!"

+++++

Aku tidak sangka aku mengalami tekanan yang sangat teruk selama ini. Tidak hairanlah jika begini persekitaran aku sepanjang 15 tahun aku tinggal dengan appa. Apalah khabarnya sekarang? Pastinya telah meringkuk di dalam penjara setelah aduan yang telah dibuat oleh Jeonghan minggu lepas.

Sedang aku termenung hanyut di dalam lamunanku sendiri, seorang jururawat menghampiri aku dengan senyuman di bibirnya. Aku juga turut tersenyum. Jururawat yang bernama Haesun datang setiap hari ke dalam wad aku untuk mencuci luka aku.

"Hai, Hyejung. Macam mana awak harini? Okay?"

"Im doing great now that you're here."balasku sebelum tersenyum lebar. Aku meringis kesakitan apabila hujung bibirku terasa pedih akibat tamparan appa haritu. Haesun mencuci luka pada tanganku. Setelah beberapa minit kami berbual, kedengaran seperti sesorang menolak pintu wadku.

"Hyejung,"

Aku dan Haesun mengangkat kepala memandang Jeonghan yang berada di pintu wad itu. Jeonghan menghampiri kami berdua sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Esok Hyejung dah boleh discharge. Nanti abang kasi ubat hilang parut. Hyejung pakai ya?"

Aku menganggukkan kepalaku sebelum mengukirkan senyuman buatnya. Haesun kemudian meminta diri untuk membuat kerjanya yang lain setelah siap mencuci luka aku.

"Bye, Haesun."aku melambaikan tanganku ke arahnya. Haesun tersenyum lebar membalas lambaianku. Jeonghan berdehem menandakan dia mahu perhatianku.

"Masa makan kat kafeteria haritu, Hyejung ada kata Hyejung nak kerja kan?"soal Jeonghan. Aku memandang ke atas mahu mengingat kembali apa yang kami bualkan hari itu.

"Oh haah, nanti takdalah Hyejung menyusahkan eomma dengan abang nak bela Hyejung pula."ujarku tanpa berfikir apa-apa. Jeonghan menghela nafasnya kasar seperti sedang marah denganku. Aku terdiam.

"Jangan cakap macam tu. Hyejung masih keluarga eomma dengan abang, we're supposed to take care of each other."ucapnya perlahan seperti sedang memujukku. Aku masih diam. Jeonghan tiba-tiba menarik ibu jariku yang sedang aku gigit.

Aku berkerut dahi. Entah sejak bila menggigit ibu jari menjadi habitku. Aku semakin sensitif sekarang, terasa emosional dan mahu menangis saja. Resah sepanjang waktu. Terasa bagai diri aku suatu beban bagi Jeonghan yang terpaksa berjaga malam menemani aku yang sukar untuk lena di hospital ini.

"Tapi abang takda masa Hyejung kena pukul dengan appa..."gumamku perlahan. Sungguh aku berjauh hati dengan eomma dan abang apabila terkenangkan hal itu. Jeonghan mengangkat kepalanya sebelum menggenggam tanganku erat.

"Hyejung, abang minta maaf sangat-sangat. Abang tahu Hyejung susah nak maafkan abang—"

"Nevermind. Anyway abang cakap pasal apa tadi? Kerja?"soalku mengendahkan permohonan maaf Jeonghan tadi. Aku tidak mahu lagi terasa dengan ahli keluarga aku. Aku sudah maafkan mereka namun takkanlah semudah itu aku akan lupakan penderaan appa terhadap aku.

"Kawan abang ada nak hire babysitter untuk anak-anak dia. Hyejung nak tak?"

"Babysitter?"

Jeonghan mengangguk.

"Bolehlah daripada takda. Hyejung pun bukannya tak suka budak-budak."balasku sambil mengangkat bahu. Jeonghan tersenyum lebar. Dia menghulurkan sekeping sticky note. Aku mengambil sticky note itu daripada tangannya.

Aik? Terus bagi alamat?

"Ini orang yang nak hire babysitter tu. Itu nombor telefon dengan alamat. Abang dah inform kat dia yang esok Hyejung datang. Nanti abang minta tolong Haesun hantarkan Hyejung."

"Haesun?"

"Haah, esok dia balik kampung."kata Jeonghan sebelum tersenyum lagi. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga aku.

"Hati-hati, anak diorang hyper. Terikut perangai mak diorang."

Aku tergelak kecil.

"Mak diorang busy ke? Sebab tu dia nak hire babysitter?"

Jeonghan menggeleng sebelum mengukirkan senyuman nipis. Aku tersedar yang aku telah tersilap cakap. Memahami akan maksud pandangannya, aku diam.

"Sorry."

"It's okay. Hyejung pun tak kenal dia. Okaylah—"Baru saja Jeonghan mahu meminta diri, aku menahan lengannya.

"Gaji dia berapa?"

"Pasal gaji jangan risau, lumayan gila."kata Jeonghan sebelum bangun dari kerusi itu. Dia mengusap kepalaku lalu melangkah keluar daripada wad. Aku membaca alamat itu sebelum menyimpannya di dalam wallet.

Aku meneguk liurku mengenangkan kembali yang aku ini mempunyai penyakit mental. Mampukah aku untuk menjaga anak-anak lelaki ini?

###

Babysitter || Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now